Mary Phillips @maryphillips
Dia antara jaguh dalam bidang solkean masa kini. Jari-jemarinya telah banyak mencantikkan selebriti tersohor dunia termasuklah pelanggan setianya, Jennifer Lopez. Dia juga jurusolek yang telah memperkenalkan konsep solekan ‘Dolphin skin’ yang menjadi ikutan ramai jurusolek di seluruh dunia. Selain Jlo, dia juga berulang kali merias Hailey Baldwin, Bella Hadid serta model ternama Kendall Jenner.