Sam Visser @samvissermakeup
Dalam senarai ini Sam mungkin bukanlah antara yang punya jumlah pengikut yang ramai di emdia sosial. Tapi andai dinilai dari segi hasil kerja, saya sangat menggemari karyanya. Sentuhannya sangat ‘in’ dengan trend solekan masa kini khususnya dalam hal gaya solekan editorial. Dia sering merias wajah model terkenal, Bella Hadid untuk penggambaran majalah. Sila-silalah jenguk ke Instagramnya untuk melihat hasil kerjanya yang bold and quirky. Dialah jurusolek masa kini di mata saya buat masa ini.