Mario Dedivanovic @makeupbymario
Walaupun teknik kontur sudah lama berada di dalam kamus cantik dunia, namun tidak keterlaluan andai saya katakan Mario adalah jurusolek yang bertanggungjawab mempopularkan teknik ini kembali. Dan semestinya populariti teknik kontur ini ada hubung kaitnya dengan populariti Kim Kardashian yang mana Mario seringkali menjadi pilihan Kim untuk meriasnya. Malah Mario juga sudah banyak bekerjasama dengan Kim untuk penganjuran Master Class (kelas solekan) yang sering sahaja Penuh dihadiri jurusolek serta peminat kecantikan dari seluruh pelusuk dunia. Kini Mario sedan sibuk buat duit menerusi alat soleknya sendiri, Makeup by Mario. Beberapa tahun dahulu Mario pernah datang ke Malaysia, merias wajah VIP di majlis perkahwinannya.
Artikel Berkaitan: 10 Momen Bahagia Kim Kardashian & Kanye West Sebelum Bercerai