Charlize Theron
Bintang Dior J’Adore ini memotong dan mencukur pendek rambutnya demi memenuhi keperluan wataknya di dalam filem ‘Mad Max’ pada tahun 2015. Malah gaya kepala botak itu juga datang dari dirinya sendiri selepas dia dan pengarah duduk berbincang apakah gaya rambut yang mahu ditonjolkan untuk wataknya. Mereka mencuba mewarnakan rambut denganw arna platinum dan juga ikatan ponytail, tapi akhirnya mereka memilih botak.