Sel tunjang (stem cell) kini menjadi revolusi penting dalam dunia sains kecantikan. Sel inilah yang dikaji oleh Dior selama dua dekad dalam mencari solusi merawat tanda penuaan.
Hasil kajian Dior kita sebenarnya memiliki ‘keremajaan kulit’ namun tidak diaktifkan. Jadi ‘sel tunjang’ adalah kunci utama untuk mengaktifkan kembali keremajaan kulit. Dior berkolaborasi dengan ramai saintis untuk mengkaji hal sel tunjang ini termasuklah mendapatkan kerjasama dengan 20 badan akademi juga 10 paten untuk menyempurnakan kajian mereka.
Pengarah Kreatif EH! bertemu lima pakar Dior Beauty, Bruno Bavouzet, Knut Woltjen, Anne-Laure Bulteau, Virginie Couturaud dan Patrick ChoisyBerikut untuk bertanyajan sembilan persoalan tentang formula baharu di dalam Le Serum, bintang anti-penuaan baharu Dior ini.
Boleh kalian huraikan tentang sel tunjang dan peranannya dalam hal kulit dalam cara yang lebih mudah difahami?
Secara asanya sel tunjang itu tugasnya adalah untuk mengekalkan tisu dalam kulit. Jadi secara ringkasnya jika kulit anda mengalami kerosakan atas sebab tertentu seperti terdedah kepada cahaya UV berlebihan, tisu tidak akan diperbaharui jika tiada sel tunjang. Sel tunjang membolehkan tisu dalam kulit diperbaharui secara sendiri. Peningkatan usia menyebabkan kemampuan sel tunjang untuk memperbaharui tisu kulit semakin lemah, dan kerana itu jugalah tanda penuaan semakin jelas kelihatan.
Bagi pendapat kalian apakah cara terbaik untuk mengekalkan kulit yang muda selain menggunakan produk yang bersesuaian?
Hal penuaan ini tidak hanya tertumpu pada proses dan fungsinya semata tetapi ia banyak berkait dengan persekitaran juga. Ini bermakna semakin terdedahnya anda kepada faktor sekeliling seperti terdedah kepada sinar UV, gaya hidup yang tidak sihat seperti aturan tidur yang tidak menentu atau cukup, terdedah kepada pencemaran misalnya akan menyebabkan tanda penuaan itu cepat berlaku dan jelas kelihatan. Cara terbaik adalah melakukan langkah pencegahan lebih awal misalnya menjalani gaya hidup yang sihat dan juga melengkapkannya dengan penggunaan produk anti-penuaan sejak awal termasuklah pemakaian krim tabir suria misalnya. Samalah seperti kita menjaga badan, selain menjaga makan kita juga melakukan aktiviti kecergasan.
Boleh kongsikan pemilihan Longoza dalam serum terbaru ini?
Kami dapati longoza mempunyai kandungan kalsium yang sangat tinggi dan kalsium juga adalah khasiat penting dalam proses pertukaran ibu sel kepada alfa ibu sel. Longoza mampu menetapkan semula sintesis protein ini kepada sel beta dan kemudian menukarkannya kepada alfa.
Dior menjadi jenama penjagaan kulit komersil pertama yang menggunapakai teknologi sel tunjang dalam produk anti-penuaan. Apakah yang membuatkan Dior mahu melaburkan wang dan masa melakukan kajian terhadap teknologi ini?
Kami mula melancarkan kajian tentang epidermis sejak tahun 1993 lagi. Dari situlah kami dapati sel tunjang sangat penting dan ia adalah asas untuk proses homeostasis yakni untuk penyelenggaraan tisu. Sejak dari waktu itu juga kami melangsungkan pelbagai kaji selidik tentang pelbagai kebarangkalian dan hasilnya kami temui sesuatu yang progresif, yang melorongkan kami kepada penghasilan produk anti-penuaan generai baharu.
Dior juga semakin peka akan hal kelestarian (sustainability), boleh kongsikan bagaimana mengimbangi antara kelestarian dan keberkesanan produk?
Pastinya ada cabaran tertentu, produk yang menggunakan bahan semula jadi tak menjamin ia memenuhi ciri kelestarian. Adakalanya cara pemprosesan juga yang lebih mustahak dalam hal kelestarian. Ini semua berpandukan kitaran satu-satu proses dan kesannya. Kami sentiasa cuba mengimbangi antara kelestarian dan keberkesanan produk. Jika bahannya semula jadi tetapi pemprosesannya tidak punya ciri kelestarian, kami lebih selesa menggunakan bahan lain.
Siapa yang disarankan menggunakan Le Sérum ini?
Produk ini untuk semua, tanpa mengira jenis kulit kerana ia dicipta untuk bertindak ke atas sel tunjang. Kami langsungkan kajian akan keberkesanannya dan terbukti ia sesuai untuk semua jenis kulit. Produk ini untuk memperbaiki lapisan epidermis kulit, menjadikannya lebih anjal. Sesuai dicalit pada wajah seawal usia 20-an.
Ada cara tertentu untuk mengaplikasinya?
Selain disapu seperti biasa elok disertakan dengan urutan wajah. Teksturnya sangat ringan, sangat mudah untuk mengurut wajah dengannya. Bila kita mengurut wajah terasa bagaikan ada kemesraan antara produk dan kulit.
Apakah produk lain yang sesuai digandingkan dengan Le Serum?
Rangkaian Capture Totale paling sesuai. Dari membersih, sapuan losen hinggalah pelembap.
Okey akhir sekali, Le Serum juga dibotolkan dalam bekas kaca yang berteknologi tinggi, boleh ceritakan?
Botol ini menggunakan 20 peratus kaca kitar semula dan ia dihasilkan secara eksklusif di Perancis. Botol ini melalui ujian suhu demi memastikan formula yang diabadikan dalam Le Serum kekal terpelihara.
BACA: Mudakan Wajah Dengan Sel Tunjang, Formula Baru Capture Totale