ANNA JOBLING
Anna Jobling membawa pulang tiga trofi pada malam ABPBH termasuk bagi kategori Pelakon Wanita Popular, dan kemenangannya ini diiringi dengan penampilan anggunnya yang memilih dress kuning ilham Alia Bastamam. Solekan Anna disempurnakan oleh Shiyo Joo yang mana dia mencipta gaya solekan malar segar yang menekankan pada permainan penggaris mata. Gincu koral pekat membuatkan solekan ini segar. Cody Chua ditugaskan mendandan rambut Anna dan dia memilih gaya yang ringkas namun ada manisnya dengan permainan juntaian rambut di bahagian sisi wajah.