DAYANG NURFAIZAH
Dayang Nurfaizah x Khir Khalid, gandingan yang mendefinisi erti kesempurnaan. Penampilan penyanyi yang membuka pentas ABPBH ke-35 dengan lagu ‘Ketipang Payung’ itu mendapat perhatian ramai apabila dia muncul dalam kebaya peplum seperti payung ilham Faizul di bawah label Rizalman. Solekan lembut dengan permainan pemerah pipi ton koral membuatkan riasan ini manis dan menyerlah. Dandanan sleek dalam gaya elegan oleh Yusof Ruzaimi menjadikan penampilan menjadi head-to-toe. Sungguh sofistikated!