RAYSHA RIZROSE
Adunan merah jambu dan ungu menjadi pilihan Fiqqi Abdullah yang menjadi pilihan Raysha untuk meriasnya malam itu. Dua gandingan warna ini dapat dilihat jelas pada sentuhan di bahagian mata dan juga pipi. Jika diperhatikan betul-betul, Fiqqi juga cuba mencipta gaya riasan kening yang lebih tebal dan lebar, lantas menjadikan bahagian kening Raysha lebih menyerlah. Gincu dengan salutan glos bibir melengkapkan keseluruhan solekan. Raysha tampil manis dalam gaun berkoset ungu ilham Teh Firdaus, pereka yang sama mereka busana majlis pernikahannya Februari lalu.