ERNIE ZAKRI
Dirias oleh jurusolek kegemarannya, Sahir Sabri, Erni yang tampil dalam busana serba hitam ilham Ashraf Zainal tampil dengan solekan yang memberi perhatian pada riasan mata. Sahir memilih untuk melapisi kelopak mata Ernie dengan mainan warna hijau metalik dan dia juga bermain dengan celak mata pada bahagian atas dan bawah. Gincu ton coklat menjadi pilihan.