SHERRY AL-HADAD
Adikzwan digandingkan bersama Hamidi Jamili untuk menyempurnakan solekan dandanan Sherry di malam ABPBH kali ini. Sherry yang tampil dalam gaun lateks ilham Ridzuan Alias dari label Teruntum Putih ini dirias dengan gaya solekan mode 60-an yang mana gaya outline pada riasan mata menjadi pilihan. Solekan ini juga dicipt adengan objektif mahu menghidupkan gaya ‘Barbie’ yang sedang hangat ketika ini. Gaya ciut atau ponytail membuatkan penampilan ala Barbie ini lebih menyerlah.