AIN EDRUCE
Ditugaskan sebagai hos acara berprestij ini, Ain tampil dalam dua persalinan (Khuntum dan WanPa) dan riasannya juga berubah saat menukar busana kedua. Foto ini adalah solekan pertama Ain sebelum bertukar gincu wain merah. Razzi Musa yang merias wajah Ain mencipta solekan yang lazim dilihat sebelum ini yakni permainan warna coklat dan dimesrakan dengan pembayang mata metalik. Dandanan gaya finger wave disisir rapi oleh Edvid Kwa.