ERRA FAZIRA
Bagaikan anak patung, dan penampilan primadona filem Melayu ini juga kekal menjadi perhatian. Disolekkan oleh jurusolek berpengalaman Deqsha, penampilan Erra sangat berpadanan dengan gelaran yang diberikan. Permainan pembayang mata merah samar dan gincu koral yang dilapisi glos membuatkan gaya keseluruhan solekan ini amat menyerlahkan kejelitaan Erra Fazira.