Absolut Repair Molecular, pencapaian terbaik L’Oréal Professionnel dalam inovasi penjagaan rambut, kini memperkenalkan formulasi luar biasa yang mampu memulihkan kerosakan rambut sehingga 2 tahun hanya dengan 1 kali penggunaan!
Rambut bukan hanya simpul benang halus yang melingkari kepala kita, tetapi juga menandakan gaya dan ekspresi perasaan, bahkan boleh mencerminkan kisah hidup seseorang. Setiap orang tentu mengidamkan rambut yang cantik dan terurus. Tetapi, let’s be real! ada hari-hari di mana rambut kita terasa lemah, rapuh, dan tidak bersinar seperti yang diharapkan. Tapi pernahkah anda terfikir bahawa masalah ini mungkin bukan hanya tentang apa yang kita lihat di cermin semata?
Ketika saya pertama kali mendengar tentang “Absolut Repair Molecular”, saya teruja. Ia merupakan inovasi baru dalam dunia penjagaan rambut. Tidak hanya menangani masalah permukaan, tetapi juga menyelami struktur molekul rambut untuk penyembuhan yang sebenar. Saya fikir, inilah yang kita semua perlukan, satu rawatan rambut yang memahami keperluan kita.
Absolut Repair Molecular tidak hanya sekadar menawarkan penyembuhan dari dalam, tetapi juga memberikan hasil yang mengagumkan hanya dengan satu aplikasi. Siapa yang tidak mahu rambut yang lebih bertenaga, bersinar, dan lebih cantik dengan hanya satu kali penggunaan? Jadi, jika anda juga ingin menemui rahsia untuk rambut yang cantik dan sihat, saya sangat mengesyorkan untuk mencuba Absolut Repair Molecular. Ini bukan sekadar rawatan rambut biasa, tetapi ia merupakan revolusi dalam dunia penjagaan rambut.
Bayangkan, ia mampu memulihkan kerosakan rambut sehingga 2 tahun hanya dengan satu kali penggunaan! L’Oréal Professionnel juga telah memperkenalkan formula peptides bonder dan 5 Asid Amino Ultra-Concentrated dalam rawatan signature mereka di salon. Dengan rangkaian produk penjagaan rambut Absolut Repair Molecular, kini anda boleh menjaga kekuatan dan kecantikan rambut di rumah.
Rangkaian Produk Absolut Repair Molecular:
Absolut Repair Molecular Concentrated Repairing Pre-Treatment 190ml
Jika anda mendapatkan rawatan di salon L’Oréal Professionnel, anda akan memulakan sesi dengan Absolut Repair Molecular Concentrated Repairing Pre-Treatment, yang direka untuk menguatkan rambut anda. Rawatan ini tidak hanya memberikan pembaikan dan pemakanan optimum melalui teknologi molekul canggih, tetapi juga mengandungi 3% Peptides Bonder dan 5 Asid Amino, yang berfungsi menguatkan setiap helaian rambut. Penggunaan berterusan akan memberikan hasil yang ketara, menjadikan rambut anda lebih kuat, sihat, dan berseri.
Absolut Repair Molecular Repairing Shampoo 300ml
Apabila rambut rosak, struktur molekulnya terganggu, mengakibatkan masalah seperti rambut patah dan rapuh. Peptida dapat menguraikan kerosakan ini dengan memperbaiki struktur rambut, menjadikannya lebih kuat, meningkatkan keanjalan, dan menambah 86% kelicinan pada rambut. Hanya perlu mengaplikasikan produk pada rambut basah dan bilas. Untuk hasil yang optimum, gunakan bersama serum dan masker Absolut Repair Molecular yang bakal temui anda.
Absolut Repair Molecular Repairing Rinse-Off Serum 250ml
Absolut Repair Molecular Repairing Rinse-off Serum adalah rawatan cucian yang meresap ke dalam setiap helai rambut, menyasar rambut rosak pada peringkat molekul. Diperkaya dengan 2% Peptides Bonder + 5 asid amino, ia memperbaiki struktur molekul rambut dan mengurangkan risiko rambut putus. Gunakan pada rambut basah dan urut serum pada hujung rambut selama 1 -2 minit sebelum bilas.
Absolut Repair Molecular Concentrated Repairing Mask 250ml
Bakal temui anda tidak lama lagi, ia merupakan rawatan intensif yang memberi kelembutan dan kilauan segera pada rambut, Absolut Repair Molecular Concentrated Repairing mask ini membantu menguatkan rambut 94% lebih kuat. Setiap penggunaan meninggalkan kesan rambut yang lebih lembut dan mudah diurus. Teksturnya yang halus dan ringan memberi pengalaman sensorial, diiringi dengan wangian bunga yang menyenangkan. Cara penggunaannya mudah, hanya aplikasikan pada rambut lalu ratakan, dan bilas.
Absolut Repair Molecular Repairing Leave-In Mask 100ml
Siapa yang tidak mahukan rambut kuat, anjal, licin, berkilat dan bebas daripada pemanasan haba sehingga 230 darjah celsius? Absolut Repair Molecular Repairing Leave-in Mask ini kaya dengan Peptides Bonder + 5 Asid Amino, yang boleh menguatkan setiap helai rambut dan memberi kilauan untuk rambut anda, menghasilkan rambut yang lebih lembut dan bersinar. Penggunaannya amat mudah, hanya bahagikan rambut anda yang telah dikeringkan kepada dua bahagian, sapukan dan biarkan ia kering pada rambut anda untuk hasil yang memukau.
Setelah saya mengenalinya, saya merasakan seolah-olah telah menemui rahsia tersembunyi yang selama ini saya cari. Dengan teknologi canggih ini, saya yakin rambut saya akan mendapat rawatan terbaik yang boleh membantu menguatkan kembali rambut saya. Jadi, jika anda juga ingin mengungkap rahsia untuk memiliki rambut yang sihat dan kuat, saya sangat mengesyorkan untuk mencuba Absolut Repair Molecular dari L’Oréal Professionnel untuk mendapatkan rambut yang anda idamkan. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dan membuat pembelian melalui pautan ini atau kunjungi salon L’Oréal Professionnel terdekat atau di laman web Lazada Malaysia , Shopee Malaysia dan Lazada Singapura.
Artikel Berkaitan : Hairniverse Oleh L’Oréal Professionnel iNOA, Pewarna Rambut Telus Air Masa Kini