Shiha Zikir
Garisan mata berekor warna biru dipadankan dengan warna baju yang digayakan oleh Shiha yang mempersembahkan lagu 7 Nasihat. Bulu mata palsu yang dipilih juga tebal dan panjang untuk kesan dramatik. Bibirnya dilukis dengan pensel bibir warna lebih gelap dari gincu untuk efek bibir yang lebih mungil. Shiha disolek oleh Fatin Ahfu.