Kaka Azraff
Pemenang Anugerah Juara Lagu tahun ini tampil dalam riasan mistikal hasil sentuhan Ady Razak. Ady menyantumkan efek metalik keemasan pada kelopak dan lukisan garisan mata berekor untuk efek edgy. Bibirnya pula bercalit gincu coklat. Rambut Kaka didandan bertocang di bahagian tengah (dandanan Mei Choi) dan dihiasi dengan hiasan kepala oleh Bremen Wong.