Wany Hasrita
Dia yang naik ke pentas menerima trofi AJL di tempat ketiga, Wany tampil dengan balutan gaun merah jambu. Untuk solekan, Yna Sakinah merias wajah Wany dengan sentuhan penuh kelembutan dan menariknya dia cuba lari dari gincu sedondon baju sebaliknya memilih warna koral dengan percikan kejinggaan.