Kook Hwa menjelaskan tiada foto diperlukan untuk prosedur tidak invasif seperti botoks kerana rawatan ini tidak akan mengubah bentuk wajah seseorang.
Park Moon So kemudian mendedahkan, foto Jennie sangat popular di kalangan wanita yang menginginkan pembedahan plastik. Apa sebabnya? Kerana penyanyi itu memiliki raut wajah unik dengan dagu pendek yang rahang yang kecil.
Disebabkan inilah penampilannya tampak lebih muda daripada usia, malah ramai tidak menyangka Jennie telah pun berusia 25 tahun.