YSL Beauty secara rasmi mengumumkan pelakon Alisha Boe sebagai Duta Global bagi haruman ikonik Black Opium, sekali gus membuka lembaran baharu buat francais wangian yang menjadi antara produk paling berjaya jenama mewah itu sejak diperkenalkan pada tahun 2014. Alisha turut menjadi wajah utama kempen Black Opium Pink Glaze, variasi terbaharu yang bakal dilancarkan secara global pada 12 Ogos 2026.
Nama Alisha Boe mula mendapat perhatian antarabangsa menerusi wataknya sebagai Jessica Davis dalam siri fenomena Netflix, 13 Reasons Why sekaligus menjadikannya antara pelakon muda yang mencuri perhatian penonton di seluruh dunia.
Pemilihan Alisha bukan sekadar berdasarkan popularitinya, tetapi juga kerana personaliti yang yakin, berani dan autentik, ciri yang selari dengan identiti wanita Black Opium. Menurut YSL Beauty, pelantikan pelakon berusia 29 tahun itu menandakan babak baharu yang mengujakan buat haruman ikonik tersebut, sambil terus mendekati generasi muda melalui kempen yang lebih moden dan relevan.
Black Opium Pink Glaze, Haruman Lebih Segar dan Manis
Kempen sulung Alisha bersama YSL Beauty memperkenalkan Black Opium Pink Glaze, interpretasi baharu kepada wangian Black Opium yang ikonik. Haruman ini masih mengekalkan nota kopi yang menjadi identiti utama Black Opium, namun dipadankan dengan akord strawberi yang lebih berjus dan manis.
Gabungan bunga melur, vanila serta amber woods menghasilkan haruman gourmand yang lebih ceria, feminin dan kontemporari, tanpa menghilangkan DNA sensual Black Opium yang telah menjadi kegemaran ramai sejak lebih sedekad lalu.
Dalam kenyataannya, Alisha Boe menggambarkan Black Opium sebagai simbol tenaga dan keberanian.
“Black Opium memberi saya rasa yakin dan bertenaga. Ia memiliki karakter yang berani, tidak takut untuk tampil berbeza, dan itulah sebab saya begitu menyukai haruman ini.”
Beliau turut menyifatkan haruman ini sebagai satu jemputan untuk menjadi diri sendiri, menikmati kehidupan dengan penuh keyakinan dan meraikan setiap detik tanpa rasa ragu.
Pelantikan Alisha Boe mengukuhkan lagi kedudukan YSL Beauty dalam memilih figura yang bukan sahaja berpengaruh dalam dunia hiburan, malah mempunyai personaliti yang mencerminkan nilai jenama. Dengan kemunculan Black Opium Pink Glaze, YSL Beauty membuktikan bahawa haruman ikoniknya terus berevolusi mengikut cita rasa generasi baharu, sambil mengekalkan identiti berani dan sensual yang menjadi signatur Black Opium sejak sekian lama.
Artikel berkaitan: YSL Beauty Perluas Inisiatif Global Abuse Is Not Love Ke Malaysia




