Gaya rambut dari gelanggang ais jarang sekali menjadi topik hangat dunia kecantikan tetapi kali ini berbeza. Penampilan berani Alysa Liu berjaya mengembalikan satu trend yang pernah tenggelam, kini muncul semula, membanjiri media sosial dan menjadi inspirasi di salun-salun seluruh dunia.
Dalam era di mana Gen Z semakin meraikan identiti dan ekspresi diri, gaya rambut bukan lagi sekadar pelengkap rupa ia adalah statment. Alysa Lui membuktikan bahawa statement hair boleh jadi lebih kuat daripada aksesori paling mahal. Dengan jalur warna melingkar di bahagian atas kepala, gaya itu bukan sahaja unik tetapi juga sarat makna, menjadikannya instantly ikonik.
Halo hair mungkin pernah muncul beberapa tahun lalu, tetapi Alysa Lui menjadikannya relevan semula dalam konteks yang lebih moden dan simbolik. Ia bukan sekadar trend yang cantik di kamera, tetapi refleksi keberanian untuk tampil autentik. Dan dalam dunia yang obses dengan sesuatu yang baharu dan bold, tidak hairanlah halo hair kini bersedia untuk berada di mana-mana.

Apa Itu Rambut Halo?
Halo hair bukan teknik highlight biasa. Ia melibatkan jalur warna yang diletakkan secara melingkar di bahagian crown kepala, seolah-olah mencipta lingkaran cahaya halo di atas rambut. Berbeza dengan balayage atau highlights yang lebih menyeluruh, halo hair fokus pada satu band warna kontras yang jelas dan sengaja diletakkan untuk mencuri perhatian. Trend ini sebenarnya pernah muncul beberapa tahun lalu, tetapi penampilan Alysa menghidupkannya semula dengan cara yang lebih moden dan meaningful.
Inspirasi Di Sebalik Gaya Ikonik Alysa
Apa yang menjadikan gaya halo hair Alysa benar-benar ikonik bukan sekadar warnanya tetapi cerita di sebaliknya. Alysa Liu mencipta sejarah sebagai wanita Amerika pertama dalam 24 tahun memenangi pingat emas acara perseorangan luncur ais di Winter Olympics.
Menariknya, Alysa pernah mengumumkan persaraan seawal usia 16 tahun, namun beberapa tahun kemudian, dia memilih untuk kembali, bukan kerana tekanan, bukan kerana jangkaan orang lain, tetapi atas terma sendiri. Kembalinya itu hadir dengan identiti yang lebih berani, lengkap dengan frenulum piercing dan rambut halo yang sudah menjadi signature peribadinya.

Dalam satu temu bual, Alysa pernah berkongsi bahawa rambutnya mempunyai makna yang sangat mendalam. dia mula membuat halo pada rambutnya dua tahun lalu satu jalur bagi setiap tahun. “Saya suka fikir diri saya seperti pokok. Anda tahu bagaimana pokok ada cincin baharu setiap tahun? Ia menunjukkan umur mereka,” jelasnya.
Konsep itu simple, setiap lingkaran blond di atas kepalanya melambangkan pertumbuhan, pengalaman dan perjalanan hidupnya sama seperti cincin pada batang pokok yang merekod usia dan ketahanan. Dalam dunia sukan elit yang sering menuntut kesempurnaan imej, Alysa memilih untuk tampil dengan gaya yang mencerminkan siapa dirinya sebenar. Halo hair bukan sekadar trend untuknya ia adalah simbol evolusi, keberanian dan kebebasan menjadi diri sendiri. Dan mungkin itulah sebabnya gaya ini terasa lebih bermakna berbanding sekadar teknik pewarnaan biasa.

Artikel Berkaitan: Tip & Trik Dandanan Ringkas Tapi Versatil Dari Yusof Ruzaimi
