“Selepas wanita, bunga adalah ciptaan Tuhan yang paling cantik untuk dunia,” itu baris kata Christian Dior yang cukup terkenal.
Bila bercakap tentang Dior, kata-kata itu tidak pernah terlepas dari disebut atau dicatit. Christian Dior memang sukakan bunga-bungaan, malah sudah banyak kali saya baca kisah kecilnya yang membesar di rumah keluarganya yang lamannya sarat ditumbuhi bunga-bungaan.
Sejak mengasaskan rumah fesyennya sendiri, Christian Dior memang banyak terinspirasi dengan bunga-bungaan, baik untuk himpunan adi busananya, bawa ke haruman mahupun ke koleksi gincunya. Hari ini, bunga masih menjadi pengaruh besar kepada Dior, dan ‘kepercayaan’ kepada bunga diteruskan oleh orang-orang besar di Dior, baik pengarah kreatifnya, Maria Grazia Chiuri, pengarah artistiknya, Kim Jones mahupun pakar warna dan makeup Dior Sendiri, Peter Philips apatah lagi Francois Demachy, pakar dan pereka minyak wangi Dior.
Dekati 10 selebriti bersama haruman Dior Joy
Buku ‘Dior in Bloom’ disempurnakan oleh beberapa penulis seperti Alain Stella , Justine Picardie dan Naomi A. Šach yang mana dia mengumpul cerita juga membongkar kisah cinta rumah fesyen paris ini dengan bunga-bungaan kesukaan Dior, dari kuntuman mawar, tuberose, lavender, melati mahupun bunga lili.
Saya percaya buku ini bukan sahaja berkongsi gambar-gambar cantik tapi pasti ada banyak kisah yang boleh mencurah inspirasi buat pencinta fesyen dan kecantikan. Kisah bunga dan Dior juga ada diabadikan dalam bentuk video, dan boleh ditonton di YouTube, ada lima bahagian kesemuanya.