BITE DAYCATION WHIPPED BLUSH
Pemerah pipi krim ini menjadi semakin popular! Bite Beauty terkenal dengan ramuan Superfood terus mencipta inovasi dalam dunia kosmetik. Terbaru Daycation Whipped Blush bersifat multi-use sesuai direka serba clean, vegan, pemakaian jangka masa lama dan akan menyerap pada kulit dengan cepat dan bersinar dalam masa yang sama. Anda juga boleh gunakan pada kelopak mata. Krim ini kaya dengan ekstrak buah betik yang akan membuatkan kulit lebih bersinar. Tidak meninggalkan efek capuk di siang hari.