Tahun 2026 bakal membawa angin segar dalam dunia kecantikan, di mana makeup dan skincare bakal menjadi medium ekspresi diri. Setiap elemen dijangka lebih personal, berani, dan Instagram-ready, menonjolkan karakter, mood, dan identiti peribadi melalui setiap sentuhan.
Konsep lama seperti no-makeup makeup bakal digantikan dengan pendekatan yang lebih realistik dan bertekstur, di mana keaslian kulit dan kreativiti dalam rutin kecantikan menjadi fokus utama. Rutin harian kini bukan sekadar tentang cantik, tetapi tentang gaya yang unik dan personal. Oleh itu, EH! ramalkan lima trend yang bakal mencuri perhatian dan mendominasi dunia kecantikan tahun depan.
1. Cool-Toned Lips
Bye-bye nude! Bibir cool-toned seperti dusty mauve, icy pink, dan lavender bakal jadi kegemaran. Trend lipstik 2026 bukan sekadar pelengkap, tapi cara subtle untuk tunjukkan mood dan personaliti, memberikan aura sophisticated.

2. Soft Goth
Gothic kini lembut dan ultra-chic. Soft goth memadukan smokey eyes ringan, eyeliner dan lipstik deep berry atau plum. Trend ini edgy tetapi feminin, perfect untuk mereka yang mahu tampil berani tanpa kehilangan sisi feminin.

3. Mini Travel-Size as Accessories
Produk mini atau travel size bukan sahaja praktikal, ia kini menjadi fashion statement. Serum, lip balm, atau perfume versi mini digantung pada beg atau rantai, menjadikan kecantikan portable, playful, dan super Instagrammable.

4. Hush Layer Hair
Rambut berlapis lembut bakal mencuri perhatian. Hush layers memberi ilusi rambut lebih penuh, bergerak natural, dan effortless chic rambut akan kelihatan alive tapi mudah diurus.

5. Monochromatic Makeup
Makeup serba satu tone bakal menjadi kegemaran. Dari eyeshadow ke blush dan lipstik, warna yang harmonis mencipta penampilan polished, cohesive, dan moden. Sempurna untuk mereka yang mahu statement tanpa berlebihan.

Produk Rekomendasi EH!

Artikel Berkaitan: 10 Produk Kecantikan Paling Viral di TikTok 2025
