Teks : Razin Mohd
Calitan pintar ini bukan sahaja boleh dikemaskan pada bibir, anda juga bebas menggunakannya di bahagian wajah lain!
Masih keliru tentang calitan gincu yang boleh dioles selain daripada bibir? Jangan risau kami akan jelaskan pada anda dengan lebih terperinci! Chanel kali ini mengenegahkan satu gincu baharu yang lebih versatil dari gincu biasa yang ada di dalam tas tangan anda, dimana kini anda bebas menggunakannya di bahagian wajah lain and be creative with it!
Inilah masanya untuk memberi expressi pada diri anda dan #writeyourownrules dalam langkah bersolek. Chanel Rouge Coco Lip Blush tampil dengan tekstur gel lembut yang bakal meliputi bibir anda juga kulit wajah terutama bahagian tulang pipi dengan lebih natural, sihat dan berseri, ia juga memberi hasil warna yang kemas, lembut dan semulajadi.
Untuk meluaskan lagi idea anda dalam aplikasi Chanel Rouge Coco Lip Blush, Little Miss Khan ada cara yang ingin dikongsi!
Sudah menjadi signatur rangkaian ROUGH COCO dimana ia hadir dengan Hydraboost complex bagi olesannya pada wajah tampil ringan dan selesa. Chanel mahu menambah keistimewaan pada calitan multi fungsi ini dengan intipati minyak sayuran jojoba, mimosa, dan bunga matahari untuk membekalkan kelembapan juga menyalurkan khasiat yang diperlukan pada wajah anda.
Alat ikonik buat calitan di bibir Chanel Rouge Coco Lip Blush ini juga turut hadir dengan derivative emollient coconut yang melembutkan bibir dan merangsang peptide agar bibr tampil lebih mungil dengan hasil calitan pusam!
*Rouge Coco Lip Blus tampil dengan enam pilihan warna yang sesuai dioles buat apa sahaja acara, antaranya ; 418 Rouge Captivant, 420 Burning Berry, 416 Teasing Pink, 414 Tender Rose, 412 Orange Explosif dan 410 Corail Naturel