Segar, manis dan berkuasa hanya dengan satu semburan. Ketahui mengapa anda patut jadikan haruman terbaru ini sebagai aroma signature anda.
Rumah fesyen dari Itali, Salvatore Ferragamo telah mengejutkan penggemar fesyen dengan wangian terkini mereka, Amo Ferragamo, aroma yang sebati dengan jiwa remaja, berunsur buah-buahan yang bakal membawa anda kembali ke zaman remaja.
Amo, bermaksud ‘saya cinta’ namun, ia tidak membawa maksud cinta terhadap seseorang atau sesuatu yang spesifik, tetapi ia lebih ke arah berjiwa bebas, yang mana muse untuk wangian ini adalah Suki Waterhouse yang sangat sepadan dengan kempen ini.
Individu yang menjadi tulang belakang haruman mewah ini adalah Marie Salamagne, yang mana dia menggabungkan esen buah-buahan termasuklah blackcurrant, Italian bitter accord dan rosemary serta dicampurkan bersama bauan kayu cendana, vanila Tahiti dan ambrox, menjadikannya satu haruman terbaik untuk generasi milenium (mungkin juga untuk yang berjiwa muda)!
Tidak dinafikan yang mana rekaan botol wangian Salvatore Ferragamo ini turut mencuri tumpuan kerana menggunakan material yang cukup unik, bercirikan tekstur prisma halus yang memantulkan cahaya pada bahagian leher botol.
Keharumannya sememangnya sangat sebati dan serasi buat golongan muda. Lihat sahaja pada reaksi personaliti terkenal Alicia Amin dan Alexis Sue Ann tentang haruman mesti ada ini.