NARS menawarkan dua taruhan baharu untuk anda mendapatkan asas solekan yang bukan sahaja tampak semula jadi dan dalam masa yang sama selesa menyaluti wajah.
Asas solekan akan terus menjadi fokus utama solekan kerana solekan yang menyerlah lazimnya bermula dari asas pada kanvasnya. Pemburuan mencari item solekan yang selesa membaluti kulit, menyamar cela dan tampak semula jadi akan terus menjadi keutamaan. NARS punya dua produk yang dibangunkan dengan formula terkini untuk anda cuba.
TINTED MOISTURIZER
NARS menambah lagi warna tinted moisturizer ikoniknya, dan kini tonnya bertambah menjadi 16 warna. Jika tidak sukakan tekstur bedak asas biasa sama ada cecair, kompak, krim atau stik, tinted moisturizer dilihat lebih mesra dan selesa. NARS Pure Radiant Tinted Moisturizer SPF 30/PA+++ sudah lama menjadi kegemaran ramai termasuklah jurusolek profesional. Ia mempunyai bahan-bahan yang bertindak menghidrat, melicin, mencerah dan juga melindungi kulit. Ia mengandungi vitamin C dan kaya dengan Bahan antikoksidan yang bagus dalam melindungi kulit dari keadaan sekeliling yang boleh merosakkan kulit. Ia mengandungi SPF 30/PA+++ dan mempunyai formula lembut yang boleh diubah litupannya bergantung kepada jumlah yang dioles pada kulit.
BEDAK KUSYEN
Bedak kusyen atau cushion powder mula mencetus fenomena sejak beberapa tahun lalu sejak mula diperkenalkan di Korea. Pada awalnya sesetengah orang mempunyai padangan skeptikal kepada inovasi ini, namun sedari tahun kebelakangan ini sudah banyak jenama kosmetik terkenal mengguna pakai teknologi dan pendekatan serupa.
Alat solek hari Ini tidaklah fungsinya untuk menutup cela atau mencipta satu karakter, sebahagiannya sudah dilengkapi dengan manfaat penjagaan kulit. Sesetengahnya bila kerap dipakai makin bagus efeknya pada kanvas kulit.
Selain tinted moisturiser, awal tahun ini juga NARS memperkenalkan bedak kusyen baharunya, Pure Radiant Protection Aqua Glow Cushion SPF 50+/PA+++ yang menyediakan perlindungan buat kulit dan dalam masa yang sama membuatkan wajah berseri-seri.
Artikel Berkaitan: Lima Foundation Paling Disukai Masa Kini
Litupan yang dicipta menerusi sapuan bedak kusyen ini akan membuat wajah lebih bercahaya, ton kulit yang lebih sekata tanpa membuat kulit tidak bernafas seperti sesetengah bedak asas mahupun bedak kompak. Ia juga membuat kulit berasa selesa dan segar biarpun bersolek sepanjang hari. Pure Radiant Protection Aqua Glow Cushion SPF 50+/PA+++ hadir dengan tujuh warna semuanya.