Popular dalam industri kecantikan, terutamanya dikalangan mereka yang sentiasa sibuk atau menghadapi masalah rambut berminyak, Dry shampoo adalah penyelamat mereka yang ingin mengekalkan rambut segar dan bersih tanpa perlu mencuci rambut setiap hari.
Telah menjadi peneman setia bagi ramai individu yang mengutamakan kesegaran rambut tanpa perlu mencucinya setiap hari. Dry shampoo adalah salah satu produk kecantikan yang sangat popular dalam industri rambut, terutamanya di kalangan mereka yang sentiasa sibuk atau mempunyai masalah rambut berminyak.
Ia tidak hanya menyegarkan rambut dengan cepat, tetapi juga memberikan volume tambahan kepada rambut, menjadikannya penyelesaian yang ideal untuk mereka yang ingin tampil segar dan berseri setiap hari tanpa perlu membuang masa yang lama untuk mencuci rambut.
Apa itu Dry Shampoo?
Dry shampoo atau syampu kering adalah sejenis syampu dalam bentuk serbuk atau aerosol yang boleh digunakan untuk membersihkan rambut tanpa perlu air. Ia berfungsi dengan menyerap lebihan minyak dari kulit kepala dan rambut, memberikan kesan rambut yang lebih segar dan bersih.
Cara Penggunaan
Penggunaan dry shampoo adalah sangat mudah. Anda hanya perlu sembur atau gosok ke bahagian akar rambut yang berminyak, kemudian urut perlahan-lahan, dan rambut anda akan kelihatan lebih segar dan volume tanpa perlu membasuh rambut.
Lima Produk Dry Shampoo Pilihan EH!:
1. OUAI Super Dry Shampoo (RM 132)
Mengandungi aroma Melrose Place, OUAI super dry shampoo adalah penambah rambut inovatif yang bertindak sebagai penguat volume dan penyerap minyak dalam satu produk dan cara pemakaiannya yang mudah memberikan rambut yang bersih dan bersedia dengan baik. Jenama OUAI cukup terkenal dengan produk rambut yang berkualiti tinggi dansyampu kering dari mereka sememangnya menjadi pilihan EH!
2. DRYBAR- Detox Dry Shampoo (RM 130)
Dengan formula yang cepat menyerap, syampu kering dari DRYBAR ini boleh menghilangkan minyak dan kotoran, menjadikan rambut anda kelihatan bersih dan segar dengan lebih banyak volume dan juga meninggalkan penampilan matte yang menarik. Mengandungi serbuk beras halus yang menyerap minyak berlebihan dan bau, sementara ekstrak akar emas yang terdapat di dalamnya boleh meningkatkan kelembapan untuk mencegah kekeringan dan rambut patah.
3. PERCY & REED Turn Up The Volume Volumising Dry Shampoo (RM 114)
Syampu kering Percy & Reed Turn Up The Volume memberikan kesempurnaan pada rambut hanya dengan beberapa semburan, bahkan pada hari kedua. Serbuk cornflower ultra-halusnya menyerap minyak dan bau dari rambut tanpa meninggalkan kesan putih yang mengganggu. Diperkaya dengan bau haruman halus ‘a walk in the rain’ Percy & Reed, dengan nota bunga yang menyegarkan dan nada kayu yang mendalam, produk ini sesuai untuk semua jenis rambut.
4. OLAPLEX N0.D4 Clean Volume Detox Dry Shampoo (RM 150)
Syampu kering yang ringan dengan teknologi pembersihan untuk kulit kepala dan rambut, menjadikan rambut kelihatan segar seperti hari pertama selepas cucian. Dibuktikan secara klinikal dan tidak menyumbat pori-pori atau meninggalkan sisa serbuk putih, OLAPLEX No.4D Clean Volume Detox ini mengandungi ekstrak biji rambutan yang kaya dengan antioksidan untuk menenangkan kulit kepala dan detoksifikasi untuk menetralisir dan menghalau pencemar yang menyebabkan bau.
5. IGK First Class Dry Shampoo (RM 159)
Sesuai untuk rambut dan kulit kepala yang sangat berminyak, atau keringat selepas senaman. Syampu kering arang dari IGK first class dry shampoo ini membolehkan anda mencuci rambut lebih lama dari biasa. Serbuk arang detoksifikasi mengangkat kotoran dan bahan-bahan lain, dan menyerap minyak dan peluh, sementara serbuk teh putih yang sejuk menenangkan kulit kepala dan menguatkan folikel rambut anda.
Artikel Berkaitan: 5 Tip Kekalkan Warna Rambut Selepas Mewarnakan