Demonstrasi solekan, bual cantik diiring pelbagai tip dan teknik, Dior Beauty Livestreaming tahun ini dihoskan bersama dua wajah jelita, Azira Shafinaz dan Koe Yeet
Tanda kalendar anda 30 Mei ini untuk sama-sama menyertai Dior Beauty Live yang mana untuk tahun ini sesinya sedikit berbeza dan lebih menarik. Jika dahulu ada jurusolek profesional yang menunjukan demonstrasi solekan, tahun ini pula dua jelitawan, Azira Shafinaz dan Koe Yeet yang akan terus berkongsi cara mereka bersolek, ala Get Ready With Me.
Kedua-duanya ini akan berias menggunakan himpunan terbaru Dior Summer 2023 Collection, yang mana himpunan terkini ini diinspirasikan dari keindahan French Rivera, sebahagian lautan Mediterranean seperti Saint-Tropez dan Cannes. Suasana indah berpayungkan langit nan membiru, berlantaikan taman-taman yang berbau harum, cahaya matahari nan kekuningan dan suasana santai yang beratmosfera kemewahan, dan ini semua menjadi inspirasi Peter Philips, pengarah kreatif dan imej Dior Makeup. “Semua inspirasi ini saya terjemahkan kepada satu koleksi mudah guna, hasilnya riasan yang sesuai dengan musim panas, warna yang menarik untuk kalian berkreatif dan mengekspresi diri,” kongsinya.
Jadi, bagi anda yang mahu melihat sendiri bagaimana Azira Shafinaz dan K menyolek wajah mereka dengan himpunan ini, ayuh daftar dengan klik butang di bawah, dan penyertaan ini adalah percuma dan bagi yang berbelanja sewaktu sesi live ini, anda juga akan berpeluang mendapat cenderahati eksklusif.
DIOR BEAUTY LIVESTREAMING bersama AZIRA SHAFINAZ & KOE YEET
30 MEI 2023, SELASA
8.30PM
Daftar Sekarang
PANCARAN KEMEWAHAN MUSIM PANAS
Dior Summer 2023 Collection dibarisi pembayang mata, pilihan gincu yang variasi warna dan tekstur, luminizer dan juga pewarna kuku. Dior menyajikan dua pilihan pembayang mata 5 Couleurs Couture, palet ‘Eden-Roc’ dan juga ‘Rivage’. Eden-Roc disempurnakan dengan ton keemasan dan gangsa dan dipercikan dengan sentuhan warna biru denim. Saya fikir ini satu gabungan warna yang menarik, menyuntik unsur bold jika bijak bermain dengan warna di kelopak mata. Bagi yang sukakan sesuatu yang lebih klasik dan malar segar, palet Rivage pasti disukai kerana palet ini dilengkapi dengan ton coklat, emas dan koral yang sering dipakai selalu.
Untuk calitan bibir, koleksi ini hadir dengan tiga pilihan iaitu Dior Addict Lip Maximizer yang mana Peter Philips menghasilkan tiga warna menawan dalam ton natural dan ada juga dengan kemasan berkilauan. ‘Tangerine’ dan ‘Rosée’ dua pilihan untuk anda yang sukakan ton nude dan ‘Shimmer Bronze’ untuk pilihan yang lebih mewah. Turut ada ialah Dior Addict Lip Tint yang hadir dalam ton semula jadi ‘Natural Beige’, dan juga salap bibir Rouge Dior Balm dalam ton merah samar ‘Rose Brum’.
Masakan sempurna riasan musim panas jika tiada luminizer, layangan ringannya akan membuat wajah lebih bercahaya pabila kulit disentuh cahaya mentari. Dior Forever Couture Luminizer Hadir dengan dua pilihan ton ‘Golden Cruise’ (highlighter keemasan) dan ‘Coral Cruise’ yang saya fikir akan jadi kesukaan wanita yang sukakan sesuatu yang lebih lembut dan sweet.