Bangun pagi dengan rambut yang tiba-tiba memilih untuk tidak bekerjasama memang boleh menguji mood. Tapi bad hair day bukanlah bermakna penampilan anda juga perlu ikut ‘ke laut’. Dengan gaya rambut yang betul dan beberapa trik mudah, rambut berminyak, mengembang atau sukar diatur masih boleh kelihatan kemas dan bergaya.
Ada hari rambut jatuh cantik tanpa perlu banyak usaha, dan ada juga hari sudah disikat berkali-kali pun masih terasa serba tidak kena. Lagi menguji kesabaran apabila masa semakin suntuk dan anda hanya ada beberapa minit sebelum perlu keluar rumah. Mahu syampu semula memang tidak sempat, tetapi membiarkannya begitu sahaja pun bukan pilihan.
Jangan biarkan bad hair day merosakkan mood atau rancangan anda. Kadang-kadang, anda hanya perlukan sedikit kreativiti untuk menjadikan rambut yang ‘buat hal’ kelihatan seperti sengaja digayakan begitu. EH! senaraikan lima gaya rambut yang boleh menjadi penyelamat pada hari-hari sebegini.
1. Slicked-Back Bun
Kalau rambut sudah mula berminyak atau kelihatan leper, slicked-back bun memang boleh jadi penyelamat. Sikat rambut ke belakang, sapukan sedikit gel atau hair wax untuk mengemaskan bahagian hadapan, kemudian ikat dan pintal rambut menjadi bun. Untuk rambut yang tidak dicuci sehari dua biasanya lebih mudah digayakan kerana teksturnya lebih melekat. Hasilnya akan nampak lebih kemas, sleek dan langsung tidak kelihatan seperti anda sedang berdepan bad hair day.

2. French Twist Dengan Claw Clip
Kalau hanya ada beberapa minit untuk bersiap, French twist dengan claw clip antara gaya paling mudah untuk dicuba. Kumpulkan rambut seperti mahu membuat ekor kuda, pintal ke atas dan kepit menggunakan claw clip. Biarkan sedikit helaian rambut di bahagian depan untuk hasil yang lebih effortless. Simple, cepat tetapi masih nampak chic. Memang sesuai untuk hari rambut susah nak behave.

3. Low Ponytail
Simple tetapi tetap nampak chic. Gaya low ponytail memang sesuai untuk hari yang dimana rambut terasa leper atau susah hendak diurus. Buat belahan tengah atau tepi, kemudian ikat rambut rendah di bahagian tengkuk. Kalau nak kelihatan lebih kemas ambil sedikit rambut dan lilit pada getah rambut untuk menyembunyikannya. Tak sampai lima minit, tetapi terus buat penampilan nampak lebih put together.

4. Messy Bun
Kalau rambut ands mengembang dan susah nak dikawal, messy bun memang dicipta untuk hari seperti ini. Ikat rambut secara effortless, pintalkan menjadi bun dan biarkan beberapa helaian terurai di bahagian depan. Tak perlu terlalu sempurna kerana semakin effortless, semakin cantik hasilnya. Flyaways pun akan nampak seperti sebahagian daripada gaya.

5. Headband
Kalau masalah hanya pada bahagian depan atau akar rambut yang mula berminyak, headband adalah jadi penyelamat paling mudah. Tambahkan sedikit dry shampoo jika perlu, sikat rambut dan sarungkan headband pilihan anda. Biarkan rambut terurai seperti biasa dan siap! Selain menyembunyikan bad hair day, aksesori ini juga boleh terus menaikkan penampilan anda.
Artikel Berkaitan: Concealer Lips Kembali Menghantui Trend Mekap

