Saya percaya siapa saja yang tidak terpegun melihat solekan selebriti di dalam majalah mahupun kaca televisyen. Solekan dengan kanvas kulit tampak sempurna menjadi idaman ramai. Dan itulah yang menjadi inspirasi buat Dior Forever Foundation yang baharu ini.
Tahun ini menyaksikan Dior Forever dipertingkat dengan formula baharu, dan masih mengekalkan idea utamanya yakni mennyuntik manfaat penjagaan kulit di dalam sebotol bedak asasnya. Dior Forever yang baharu ini menggabungkan kesempurnaan solekan bagaikan filter dengan serum wajah.
Dior Forever Skin Glow masih membarisi rangkaian ini, dan dimeriahkan dengan kehadiran Dior FOrever Skin Wear yang mampu bertahan 24 jam dengan kemasan pusam. Kedua-duanya dicipta untuk menyempurnakan penampilan kulit dalam apa jua cahaya, siang atau malam, untuk rakamn gambar termasuklah close-up. Kulit nampak sempurna dengan efek berseri semula jadi.

TEMUBUAL BERSAMA PETER PHILIPS, PENGARAH KREATIF & IMEJ DIOR MAKEUP
Dior Forever memang sudah diiktiraf sebagai ikon. Apa inspirasi utama kamu apabila mengolah semula Dior Forever Skin Wear & Dior Forever Skin Glow untuk 2026, adakah menggabungkan solekan sempurna dan juga manfaat penjagaan kulit dalam satu botol?
Menggabungkan hasil solekan yang sempurna lengkap dengan manfaat penjagaan kulit, memang sudah jadi kekuatan formula Dior Forever. Visinya adalah untuk menghasilkan hasil solekan yang nampak sekata. Untuk kemasan ‘Glow’ dalam rangkaian Forever, kami meningkatkan formulanya dengan kekuatan asid hyaluronik, niacinamide dan peptida. Kami tidak mengolah banyak kerana kemasan dan formula ini memang sudah popular dan memang berkesan dalam menghasilkan kanvas wajah yang berseri (glow).
Untuk Dior Forever Skin Wear kami lengkapkan formula dengan tiga bahan utama iaitu asid hyaluronik, niacinamide dan peptide untuk mencipta kulit yang luminous tapi dalam kemasan pusam. Formula ini boleh dibina (buildable), jadi sesiapa boleh mencipta solekan sempurna versi mereka sendiri. Dan semestinya lengkap dengan manfaat penjagaan kulit dan hasil solekan yang tahan lama.

Bagaimana kamu melihat Dior Forever berkembang demi bergerak seiring dengan generasi hari ini yang pantas berubah mengikut arus trend semasa?
Hubung kait antara efek solekan dan juga hal penjagaan akan terus relevan. Dan itulah yang Dior lakukan sejak bertahun-tahun dulu, dan gabungan kedua-duanya ini jelas ada dalam rangkaian Dior Forever Foundation. Sebab itu jugalah mengapa bedak asas Forever bagi kedua-dua kemasan sangat popular di kalangan wanita, tak mengira peringkat umur.
Bedak asas ini mengandungi asid hyaluronik, niacinamide dan peptida. Sejauh mana pentingnya bagi kamu untuk bedak asas bukan saja mencipta solekan yang bebas cela malah ada manfaat penjagaan kulit?
Bagi saya kedua-duanya amat penting, tak perlu disangkal lagi. Foundation bukannya cat yang meliputi kulit. Asas penjagaannya adalah sama penting dengan nilai hasil solekan itu sendiri.
Boleh berikan panduan siapa yang sesuai memilih Glow dan Matte? Adakah ia berkait dengan jenis kulit, mood atau look yang mereka mahukan?
Saya percaya semua ini bergantung pada pilihan masing-masing, nak glow atau mahu yang luminous. Jenis kulit juga boleh membantu untuk kamu memilih mana yang sesuai. ‘Glow’ tidak berapa menutup cela wajah seperti parut atau jerawat, dan adakalanya efek glow akan menyerlahkannya lagi. Dalam situasi begini, Dior Forever Skin Wear lebih bersesuaian. Tapi tak bermakna kamu tak boleh tampil dalam efek glow kerana kamu sebenarnya boleh calitkan ‘glow’ pada bahagian tertentu yang kamu mahu.
Apakah perasaan atau perubahan yang kamu harapkan setiap wanita yang menggunakan Dior Forever Skin Glow atau Skin Wear alami? Bagaimana kamu mahu mereka rasa pada kulit mereka sendiri?
Dua kemasan bedak asas ini adalah bahan yang ideal untuk memperbaiki, meningkatkan mahupun menyamar celas atau transformasi dalam cara yang sangat bersahaja dan mudah. Formulanya menjadi, dan sesiapa yang menggunakan bedak asas ini, saya mahu mereka berasa seronok, luminous dan yakin.
Kamu mencuba bedak asas ini ke atas semua jenis nkulit dan ton. Bagaimana pasukan kerja kamu memastikan 45 warna yang ada ini cukup untuk semua ton kulit?
Ada 45 ton di seluruh dunia dan ini adalah palet warna yang cukup. Jumlah warna yang kami ada ini cukup bervariasi, dan saya percaya ramai yang akan menemui warna paling ideal untuk kulit mereka.
Pada pendapat kamu, bagaimana Dior Forever memenuhi kehendak generasi hari ini?
Ia sebuah produk yang merealisasikan apa yang dijanjikan. Ia memenuhi kriteria, jadi saya tak nampak sebarang sebab mengapa ia tidak menarik perhatian pengguna, dan saya harap ia akan menggoda generasi baharu untuk menerokai dunia Dior Beauty.
Melihatkan trend tahun ini, apakah trend yang paling membuat kamu teruja, dan bagaimana Dior Forever menjadi cerminan atau membentuk trend-trend ini?
Konsep kecantikan itu sendiri sudah menjadi trend yang cukup besar. Mekap dan penjagaan kulit tidak pernah menjadi sepenting hari ini. Dari riasan semula jadi hinggalah yang berwarna-warni. Apa saja gaya yang kamu mahu, kanvas wajah yang dioles sempurna adalah kunci utamanya, dan itulah kreativiti Dior Forever Foundations memainkan peranannya.
Dior Forever Skin Glow dan Dior Forever Skin Wear kini berada di butik kecantikan Dior atau secara dalam talian di pautan INI!




