Mengerikan! Perasaan pertama menyelubungi diri. Terasa ingin patah balik dan batalkan sahaja. Tetapi, sebelum apa kata anda kaji tip untuk mengurangkan kesakitan. Mungkin anda lebih bersedia.
Saya sendiri melalui pengalaman pertama untuk rawatan Brazilian. Dalam bilik berhawa dingin, saya berpeluh satu badan. Punyalah gementar. Wet wipes diberikan terlebih dahulu sebelum memulakan rawatan. Jujur saya kata, ianya sangat sakit! Kulit badan saya jenis sensitif dan kering. Mungkin jika saya, ambil pendekatan awal dapatlah mengurangkan kesakitan ini. Tetapi, adakah saya akan buat Brazilian lagi? Jawapannya iya! Kerana saya sudah bersedia.
Langkah wajib sebelum and selepas Brazilian
Pastikan bulu tumbuh panjang
Simpan bulu anda sepanjang yang boleh. Kerana ini dapat memudahkan proses untuk menarik bulu tanpa dibuat berulang-kali.
Lakukan proses pengelupasan dan lembapkan kulit
Bagi yang mempunyai masalah kulit kering, seeloknya lakukan exfoliate untuk membuang sel mati dan kulit akan lebih lembut dan licin. Kalau boleh sehari sebelum anda ingin membuat waxing.
Elakkan mandi air panas dan masin selepas waxing
Biar kulit bertenang terlebih dahulu. Selepas membuang bulu, kulit akan lebih sensitif. Jika tidak berjaga-jaga kulit terdedah dengan bakteria. Jika anda hendak berenang, seeloknya tunggu selepas tiga hari.
Vitamin E dan Aloe Vera sebagai krim pelembap
Jadi kan dua bahan ini kawan baik anda. Vitamin E dan Aloe Vera membantu kulit lebih lembap dan sihat. Sentiasa sapukan pada kulit sekerap yang boleh.
Artikel berkaitan Anda Perlukan Brazilian Wax?