Tiru idea ukiran inai seperti Zahirah MacWilson, Mira Filzah, Elfira Loy, Izara Aishah dan ramai lagi. 7 juru ukir inai pilihan selebriti kesayangan.
Adat berinai cukup sinonim buat mempelai terutama wanita. Indah terlukis pada jari jemari mahupun telapak tangan. Teringat zaman dulu-dulu malam berinai cukup meriah di sambut bersama sanak saudara. Di siang hari, berebutlah memetik daun inai di pohonnya untuk ke sesi menumbuk inai. Ada kata kalau hendak berwarna merah seperti biji saga, tumbuk sekali dengan serbuk kopi atau beras. Buang urat daun untuk kesan tahan lama. Oh! Ada juga yang kekalkan tradisi berinai ini malam sebelum sambutan raya Aidilfitri.
Namun, zaman moden ini segalanya mudah, segalanya di hujung jari. Hanya melihat contoh lakaran atau ukiran inai di media sosial, dah boleh tiru dengan mudah! Percaya atau tidak berinai juga menaikkan seri kerana kulit di jari dan tangan akan lebih cerah. Kalau dulu coraknya lebih biasa, ringkas dan tipikal tetapi hiasan terkini lebih pelbagai. Inai berwarna putih antara pilihan paling popular kerana ia cepat hilang dan mudah tanggal keesokan harinya.
Artikel berkaitan Gambar Majlis Malam Berinai Noor Nabila
Sudah tentu, bergelar sebagai juru ukir inai bukanlah satu kerjaya mudah kerana ia memerlukan kemahiran dan kreativiti dalam melukis corak pilihan pelanggan. Jika tersalah langkap, pastinya mencacatkan penampilan ratu sehari. Belum lagi ditambah dengan pelanggan yang mengalami masalah ‘Bridezilla’ segalanya perlu dilakukan sempurna! Pelbagai cabaran ini menaikkan nama mereka sebagai pilihan selebriti terkenal kala mereka bersiap di malam berinai.
Usah risau, walaupun kita berada di musim pandemik, anda masih boleh menempah slot berinai tetapi segalanya mengikut aturan SOP yang ditetapkan. Untuk memudahkan anda memilih siapakah pengukir inai untuk hari istimewa, EH! bariskan sebanyak 7 juru ukir inai pilihan selebriti terkenal dan ilham corak kegemaran mereka.
Henna by Eren