Kenapa penjagaan selepas rawatan keratin penting?
Rawatan keratin atau lebih dikenali sebagai Brazilian keratin treatment semakin popular kerana mampu menjadikan rambut lebih bersinar, lembut dan tidak kusut.
Namun, kesan rawatan ini tidak bersifat kekal dimana ia biasanya tahan selama 2 hingga 4 bulan sahaja.
Tanpa penjagaan yang betul, hasil rawatan mudah hilang lebih awal.
Syampu dengan bahan sulfat, cara pengeringan yang salah, penggunaan haba berlebihan atau kurangnya nutrisi boleh merosakkan lapisan keratin yang telah dibina. Oleh itu, penjagaan selepas rawatan sangat penting untuk memanjangkan kesan bersinar dan sihat pada rambut anda.
EH! kongsikan 5 tip penjagaan rawatan keratin yang mudah diikuti, memastikan rambut kekal cantik, licin dan sihat lebih lama.
1. Gunakan syampu & perapi bebas sulfat dan sodium chloride
Selepas rawatan keratin, elakkan syampu yang mengandungi bahan kimia keras seperti sulfat atau sodium chloride kerana ia boleh menghakis lapisan keratin dan mengeringkan rambut. Gunakan produk yang lembut dan diformulasi khas untuk rambut yang dirawat secara kimia.
Produk disyorkan: Oribe Signature Shampoo (1 L)
Formulanya adalah bebas parabens dan sodium chloride, lembut tetapi efektif membersihkan, dengan busa halus serta melindungi warna dan rawatan keratin. Ideal untuk penggunaan harian, penjagaan rambut halus hingga normal yang mahu kelembapan & kilau tanpa bahan keras.
2. Lakukan rawatan mask pemulihan sekurang-kurangnya sebulan sekali
Mask rambut yang kaya dengan protein membantu mengisi semula keratin dan mengekalkan kelembutan rambut, terutama pada hujung rambut yang mudah kering atau bercabang.
Produk disyorkan: OUAI Fine To Medium Hair Treatment Masque
Mengandung hydrolyzed keratin, shea butter, panthenol untuk melembapkan dan memperkuat rambut halus hingga medium tanpa membebankan. Sesuai untuk menjaga hasil halus selepas rawatan keratin.
3. Amalkan rawatan pemulihan intensif di tengah minggu
Selain mask bulanan, gunakan rawatan leave-in atau serum pemulihan di pertengahan minggu untuk memberikan nutrisi tambahan. Ini membantu menjaga kekuatan rambut dan mengelakkan kerosakan.
Produk disyorkan: OUAI Leave‑In Conditioner
Sangat ringan dan tidak melekit, sesuai untuk rambut halus selepas rawatan keratin. Ia detangle, kurangkan keriting dan bantu melindungi daripada haba.
4. Teknik pengeringan
Elakkan mencuci rambut selama 72 jam pertama selepas rawatan bagi membolehkan keratin menyerap sepenuhnya. Selepas itu, cuci rambut hanya 2–3 kali seminggu dan gunakan dry shampoo di antara cucian.
Produk disyorkan: IGK First Class Dry Shampoo
Charcoal powder + white tea powder yang menyerap minyak dan menenangkan kulit kepala. Tidak tinggalkan kesan putih, sesuai untuk rambut yang baru rawatan keratin.
5. Suhu sederhana!
Keringkan rambut menggunakan suhu rendah atau sederhana dan jangan lupa menyapu heat protectant sebelum menggunakan pengering rambut atau alat pelurus.
Produk disyorkan: Dyson Supersonic Hair Dryer
Teknologi pintar dengan sensor suhu elak haba berlebihan yang boleh merosakkan keratin. Aliran angin sangat kuat, jadi pengeringan lebih cepat tanpa perlu suhu tinggi. Ps; punyai nozzle yang membantu smooth finish, ideal untuk blow-dry selepas rawatan keratin.
Baca: MUA Pilihan Selebriti Malaysia, Siapa Paling On Demand?