EH! menghubungi Khir Khalid untuk dapatkan tip dan trik untuk asas solekan tahan lama apabila pergi beraya nanti. Ini rahsianya…
Dalam solekan, skin prep adalah proses penting. Bagaimana Khir prep kulit klien biasanya?
Saya gunakan dua produk iaitu pelembap dan primer. Kedua-duanya akan buatkan solekan lebih mudah lekat dan tahan lama.
Apa pelembap kesukaan Khir?
Buat masa ini saya senang dengan Magic Cream dari Charlotte Tilbury. Saya rasa ramai jurusolek lain yang sukakanya juga.
Bagaimana pula dengan primer, yang mana satu yang Khir sarankan untuk pembaca EH! cuba?
Ketika ini saya terpikat dengan Armani Luminous Silk Glow Extending Primer. Primer ini memberi lembapan 24 jam dan memberikan efek glowing pada wajah. Ia datang dalam satu warna universal dan apa yang saya sukakannya ialah ia sesuai dengan semua jenis kulit- dari yang kering hingga berminyak.
Cakap tentang kulit berminyak, Khir ada tip bagaimana mereka yang punya kondisi kulit berminyak boleh memiliki solekan yang tahan lama?
Jangan lupa untuk gunakan bedak sama ada loose powder atau pressed powder untuk lock solekan dan juga touch-up. Kalau boleh elakkan penggunaan cushion powder.
Bagaimana dengan penggunaan face mist atau setting spray?
Saya suka face mist kerana ia boleh kunci solekan dengan baik, lagi-lagi untuk mereka yang ada kondisi kulit kering. Untuk solekan yang tahan lama, kulit mesti dilembap dengan baik. Untuk kunci solekan gunakan setting spray yang sesuai. Urban Decay All Nighter ada pelbagai setting spray yang datang dengan bermacam jenis efek dan mengikut keperluan kulit.




