Chanel melancarkan Rouge Coco Hydra Gloss, Glos bibir dengan pelbagai ton warna dan tekstur berkilauan, mencipta efek bibir yang lebih mungil. So juicy!
Chanel Makeup Creation Studio mentakrif semula Glos bibir berkilauan musim ini dengan memperkenalkan Rouge Coco Hydra Gloss, rangkaian glos bibir yang warnanya menyatu dan dalam yang sama bagai satu keraian buat bibir agar menyerlah musim ini.
EH! Mengundang dua Baydoucet dan Tisya Ong untuk bereksperimen dengan pelbagai warna dari rangkaian Rouge Coco Hydra Gloss ini. Kami persembahkan keduanya dalam 10 warna berbeza untuk mereka ‘have fun’ mencalit tiap satunya.
KATA BAYDOUCET
Kenapa menyukai glos bibir?
Ia sesuatu yang ringkas tapi membuat kita kelihatan bersiap rapi walaupun dalam keadaan wajah tidak bersolek. Hydration is everything.
Bagaimana kamu memakai glos bibir?
Saya suka memakai glos bibir sebagai lapisan atas selepas menyapu lip stain. Biarpun dengan wajah yang polos, glossy lips membuatkan anda nampak ada usaha untuk bersolek.
Bagaimana kamu memilih warna glos?
Bergantung kepada mood pada hari tertentu. Merah jambu sentiasa membuat saya berasa lebih girly and flirty dan warnanya juga memang nampak cantik begitu. Glos jernih apabila saya sudah mewarnakan bibir dengan ton yang lebih bold. Atau saya akan memilih yang lebih cerah warnanya dengan efek berkilauan jika saya hanya mahukan sesuatu yang berkilat.
KATA TISYA ONG
Kenapa menyukai glos bibir?
Saya gemar mengenakan glos kerana ia membuatkan bibir lebih ‘juicy’ dan secara tidak langsung membuatkan wajah nampak segar semuanya seakan menyatu.
Bagaimana kamu memakai glos bibir?
Biasanya saya sapukan glos pada bibir yang sudah disapu dengan pensel bibir. Ini sudah jadi kombo solekan bibir saya.
Bagaimana pula dengan pemilihan warna?
Biasanya saya memilih warna yang sesuai dengan ton kulit saya. Biasanya saya menyenangi warna nude dan ton coklat.
TENTANG ROUGE COCO HYDRA GLOSS
Rangkaian glos bibir Chanel ini disempurnakan dengan manfaat penjagaan bibir yang membuat bibir terasa selesa dengan penghidratan hampir 24 jam. Ia diformula dengan 85 peratus bahan-bahan yang melembapkan bibir seperti bunga camellia ceramides dan juga hydra-peptide complex. Bahan seperti hydra-peptide complex melembut dan melembapkan bibir, dan memberi efek bibir yang lebih mungil. Camellia ceramides pula menguatkan lapisan pertahanan kulit bibir dan sekaligus memastikan bibir kekal lembap.
Glos ini dilengkapi dengan aplikator dengan hujung ‘cocoon’ yang sudah menjadi identiti Chanel. Ia mudah lengkung membuatkan sapuan lebih lancar. Glos ini sangat versatil, boleh dipakai begitu sahaja atau sebagai dilapiskan pada bibir yang sudah bersalut gincu untuk efek bibir yang lebih berkilauan dan juicy.
Istimewanya, Chanel melengkapkan rangkaian ini dengan 18 warna kesemuanya. Bagi efek riasan bibir yang lebih juicy, ini lima pilihan warna yang Chanel pilihkan untuk anda termasuk dua warna edisi terhad. FABULEUSE (kuning) dan ÉCLECTIQUE (hijau jed) dua warna edisi terhad untuk musim ini. Bagi yang lebih sukakan sesuatu yang lebih ‘manis’ CRISTAL dan ICING (ton merah samar) akan jadi kegemaran. BOURGEOISIE pula lebih pekat warna merah jambunya dengan efek berkilau atau mahu sedikit berbeza, REFLET dalam ton ungu (lilac).
Klik pautan Rouge Coco Hydra Gloss untuk melihat kesemua warna dari koleksi ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Jung Kook Menerokai Haruman Ikonik Les Exclusifs De Chanel 1957











