Ramai antara kita pernah beli BB atau CC cream hanya kerana packaging yang cantik atau review viral di TikTok. Dalam video, semuanya nampak smooth, luminous dan filter-like, terus add to cart tanpa fikir panjang. Tapi bila cuba sendiri di rumah, di bawah cahaya sebenar terus terdetik, “Eh, kenapa hasil tak sama macam orang lain?”
Sebenarnya, BB dan CC cream bukan sekadar satu huruf yang berbeza. Ia juga bukan trend yang datang dan pergi ikut musim. Di sebalik singkatan ringkas itu, ada perbezaan dari segi formula, tahap pigmentasi, kemasan dan fungsi, semuanya direka khas untuk keperluan kulit yang berbeza.
Namun persoalannya, jika kedua-duanya kelihatan hampir serupa di rak kecantikan, bagaimana mahu tahu mana satu sebenarnya sesuai untuk anda? Adakah kulit anda hanya perlukan sentuhan segar dan sedikit glow untuk nampak lebih hidup atau ia memerlukan pembetulan tona yang lebih menyeluruh dan kemasan yang lebih refined? Jom, EH! rungkaikan supaya anda tidak lagi membeli secara rawak, tetapi memilih dengan lebih bijak berdasarkan apa yang kulit anda benar-benar perlukan, bukan sekadar apa yang sedang viral.
BB Cream
BB cream, atau Beauty Balm, ibarat versi low effort, high impact dalam dunia asas solekan. Teksturnya ringan, selalunya bercampur manfaat penjagaan kulit seperti hidrasi dan SPF. Litupannya tidak tebal, cukup untuk meratakan tona dan buat kulit nampak lebih segar. Hasil akhirnya selalunya dewy, lembap dan nampak seperti kulit anda sendiri cuma versi cukup tidur lapan jam dan minum air dua liter sehari. Ia bukanlah bersifat seperti foundation, ia cuma enhance apa yang sudah ada.
CC Cream
CC cream pula bersifat lebih serious. Nama penuhnya Color Correcting, dan seperti namanya, ia memang fokus pada pembetulan tona. Kalau anda ada kemerahan, parut jerawat, hiperpigmentasi atau kulit kusam, CC cream biasanya beri litupan lebih tinggi berbanding BB cream. Teksturnya masih ringan, tetapi pigmentasinya lebih ketara. Kemasan pula selalunya satin atau matte, lebih kemas dan polished. Dalam bahasa mudah, BB cream untuk glow santai, CC cream pula untuk hari yang anda perlukan coverage lebih tetapi masih tidak mahukan rasa foundation yang tebal.
Produk Rokemdasi EH!;
IT Cosmetics Your Skin But Better CC+ Cream
Walaupun berlabel CC cream, teksturnya sangat natural dan tidak terasa berat pada kulit. Ia menawarkan litupan tinggi yang mampu menyamarkan kemerahan, hiperpigmentasi dan tona tidak sekata dengan sekali sapuan tanpa efek cakey. Diperkaya dengan SPF 50+, ia bukan sahaja bertindak sebagai asas solekan tetapi juga pelindung kulit daripada sinaran UV. Sesuai untuk hari yang panjang atau bila anda perlukan kulit nampak lebih sempurna dan tahan lama.

Tarte BB Blur Tinted Moisturizer
Jika anda gemarkan estetik no-makeup makeup dengan sentuhan matte lembut, ini pilihan yang patut ada dalam beg solek. BB tinted moisturiser vegan ini bertekstur creamy tetapi weightless, memberi litupan sederhana yang boleh dibina mengikut keperluan. Kemasan matte naturalnya menghasilkan efek blur yang halus, membantu meminimumkan penampilan pori dan garis halus tanpa membuatkan kulit nampak flat. Sesuai untuk kulit kombinasi yang mahukan hasil soft-focus tetapi masih nampak real dan breathable.

Jill Stuart Airy Tint Watery CC Cream UV Veil
Bagi yang mahukan hasil lebih luminous dan airy, CC cream dari Jill Stuart ini memberi sentuhan feminin yang sangat subtle. Formulanya membantu menutup pori dan ketidaksempurnaan sambil melindungi kulit daripada sinaran UVA/UVB. Warna pink beige dengan tona rosy lembut memberikan efek kulit yang lebih cerah dan segar, seolah-olah ada natural blush dari dalam. Sesuai untuk pagi yang sibuk apabila anda perlukan sesuatu yang ringkas, cepat dan tetap memberi hasil glowing yang refined.

Artikel Berkaitan: Persediaan Kulit 30 Hari Sebelum Raya
