Kalau meja solek anda dah mula nampak seperti beauty chaos, mungkin sudah tiba masa untuk upgrade cara penyimpanan dengan vanity makeup bag yang bukan sahaja memastikan koleksi makeup anda lebih tersusun, tetapi ia juga tampil dengan rekaan aesthetic yang semakin menjadi pilihan dan bualan ramai beauty lovers di TikTok.
Siapa kata vanity bag hanya sekadar tempat menyimpan makeup? Bagi beauty girlie, ia ibarat rumah kecil untuk semua produk kesayangan mereka yang sentiasa mahu dibawa ke mana sahaja dan bayangkan ketika sedang bersiap pada waktu pagi, tetapi perlu menyelongkar satu beg besar hanya untuk mencari lip balm atau maskara yang tiba-tiba hilang entah ke mana. Dengan vanity makeup bag yang betul, rutin kecantikan akan jadi lebih tersusun.
Buat anda yang tidak tahu, jenama lokal kini semakin kedepan dengan koleksi dan rekaan yang bukan sahaja cantik, tetapi juga praktikal dan berkualiti tinggi. Jika anda sedang mencari vanity makeup bag baharu, ini tiga jenama lokal yang patut diberi perhatian.
EPOSH
Bagi anda yang sukakan vibe mewah dan classy, EPOSH hadir dengan vanity bag yang praktikal dan aesthetic. Signature Vanity Bag daripada EPOSH tampil dengan kemasan premium vegan leather bertekstur ostrich-embossed yang memberikan sentuhan eksklusif. Saiznya juga luas sesuai untuk anda yang ingin menyimpan semua produk dalam satu beg. Selain pilihan hot stamping initial, setiap pembelian turut didatangkan bersama signature box, dust bag dan cermin mini.
Saoi bukanlah nama asing dalam dunia fesyen tempatan. Diasaskan oleh pempengaruh digital Wan Nur Syaira, jenama ini terkenal dengan rekaan yang minimalis dan chic. Walaupun lebih dikenali menerusi beg tangan seperti Gaia, Sadie dan Carrie yang diperbuat daripada vegan leather, identiti rekaannya yang clean, versatil dan feminin menjadikan Saoi pilihan. Untuk koleksi Posh Case, Saoi hadir dengan plebagai pilihan warna termasuk rekaan leopard yang memberikan sentuhan lebih bold dan playful. Hadir dalam dua saiz yang praktikal menjadikannya sesuai untuk menyimpan beauty essentials harian.
Jika anda menggemari rekaan feminin dan Instagram-worthy, Aurela pasti mencuri perhatian anda. Menawarkan pilihan makeup posh yang mengutamakan gabungan fungsi dan gaya, reka bentuknya yang minimalis hadir dengan pilihan warna lembut serta material yang ringan, menjadikannya mudah dibawa ke mana sahaja. Saiznya yang kompak sesuai dimasukkan ke dalam tote bag, luggage ketika bercuti tanpa mengambil banyak ruang. Lebih menarik, anda juga boleh menambahkan sentuhan personal dengan pilihan custom initial rhinestone pada bag pilihan anda.
Artikel Berkaitan: Ini Rutin Cantik 5 Minit Untuk Anda Yang Sibuk






