Antara punca utama masalah penuaan kulit adalah dari pencemaran dan sinar UV yang berbahaya, oleh itu menggunakan krim tabir suria adalah item yang wajib dioles sebelum keluar. Tetapi berbeza kali ini dengan produk penjagaan krim siang dari Mary Kay yang memenangi Anugerah Cantik EH! tahun ini!
Bagaimana kalau anda boleh aplikasikan satu krim pelembap dan tabir suria pada masa yang sama? Juga menyediakan manfaat yang baik untuk mengekalkan keanjalan kulit dan keserian sepanjang hari? Dalam rangkaian Timewise Age Minimize 3D, Mary Kay tampilkan satu krim pelembap khusus yang bertindak sebagai antioksida untuk melawan radikal bebas dan sinaran UVA/UVB yang berbahaya dimana sahaja anda berada.
Meresap pantas, Krim pelembap ini juga memberi tenaga yang diperlukan oleh sel kulit untuk kekal beseri dan tahan selama 12 jam! Dengan bahan ekstrak Nopal Cactus, ia membantu kulit untuk kekal lembap dari dalam manakala Age Minimize 3D Complex pula memberi keserian remaja dengan menyamarkan kedutan halus di wajah. Untuk keterangan lanjut layari laman web di sini, atau hubungi Perunding Kecantikan Mary Kay sekarang!