Teks : Razin Mohd
Memanjakan tubuh badan bukan sahaja memberi hasil kulit tubuh tampak lebih mulus gebu malah ia juga satu terapi buat minda. A’kin ketengahkan produk belaian tubuh organik yang bakal jadi produk pembersih dan perapi tubuh kegemaran anda.
Memilih produk yang berasaskan bahan organik ini bukan sahaja memelihara tubuh dalam jangka masa yang panjang, tetapi juga memelihara kesejahteraan alam sekitar.
A’kin jenama penjagaan tubuh badan dan wajah ini tampil dengan rangkaian mesra alam dan berkesan dalam menjaga kulit tubuh untuk tampil lebih mulus, lembut dan semestinya harum.
Sempena lebaran yang bakal kunjung tiba, EH! senaraikan beberapa produk kegemaran dari A’kin dengan khasiat dan faedah yang baik dalam memanjakan tubuh badan dan rambut anda.