Rebut peluang untuk menimba pelbagai tip solekan dari jurusolek selebriti terkenal, Syedewa pada 25 Oktober ini di Pavilion Kuala Lumpur. Bayarannya RM30 sahaja dan anda akan membawa pulang produk YSL Beauty bernilai RM250.
#EHksklusif buat 15 pembaca EH!, kami akan buka ruang selama satu jam untuk anda sama-sama mempelajari teknik dan trik solekan dari Syedewa menggunakan rangkaian alat solek dari YSL Beauty.
Lebih istimewa, bengkel ini akan menjadikan anda sebagai antara yang terawal untuk mendekati koleksi gincu ikonik YSL Beauty, Rouge Pur Couture. Diperkenalkan sejak 1978, gincu ini memang terkenal dengan kemasan dan tekstur nan pelbagai. Dan yang terkini, Rouge Pur Couture diperkenalkan dengan sentuhan satin buat penampilan bibir yang tampak lebih sihat, lembap dan bersinar.
Dengan tagline ‘Pure Color, Pure Care, Pure Couture’, koleksi gincu ini bukan sahaja mewarna bibir malah 80 peratus bahan digunakan adalah untuk memelihara dan melindung bibir. Apa yang ada dalam gincu ini? Ia sarat manfaat ceramides (manfaatnya untuk melembap bibir), ada juga kebaikan dari kuntuman tuberose serta ekstrak buah pir yang dipetik dari Ourika Community Gardens. Dan bahan-bahan ini berkesan dalam memelihara bibir hampir selama 16 jam.
Lebih menarik, Rouge Pur Couture yang baharu ini dibarisi 40 warna yang membuat anda rambang mata memilih mana satu yang berkenan. Dan dari koleksi warna-warna ini, pasti paling tidak ada satu yang sepadan dengan ton kulit serta personaliti anda.
Ada empat warna utama yang diangkat sebagai muse koleksi ini iaitu Rouge Muse, Nu Muse, Orange Muse dan juga Pink Muse.