Syawal semakin menghampiri, dan EH! bersama YSL Beauty mengajak anda untuk menyertai pengalaman kecantikan eksklusif yang akan menyerikan persiapan lebaran anda pada 21 Mac 2025 ini Di IOI Mall Putrajaya.
Syawal bakal tiba, dan inilah peluang untuk menyerlahkan keanggunan anda dengan sentuhan kecantikan yang elegan dan mempesona. EH! Berkolabrasi Bersama YSL Beauty mengundang anda ke sebuah bengkel kecantikan eksklusif selama dua jam, di mana rahsia solekan sempurna serta trik kecantikan bakal didedahkan menggunakan rangkaian produk ikonik YSL Beauty, termasuk haruman mewah LIBRE.
Dalam sesi istimewa ini, anda bukan sahaja berpeluang mempelajari teknik solekan yang mampu meningkatkan seri Aidilfitri, malah anda akan membawa pulang cenderahati eksklusif bernilai RM280. Lebih menarik, setiap pembelian produk YSL Beauty pada hari tersebut turut disertakan dengan promosi khas, peluang untuk mengukir botol LIBRE dengan kaligrafi Jawi, serta sesi potret eksklusif bagi mengabadikan pengalaman mewah ini.
Bengkel ini akan berlangsung pada 21 Mac 2025 di IOI Mall Putrajaya (berhadapan Muji) dengan yuran penyertaan serendah RM30 seorang atau RM50 untuk sepasang. Tempat adalah terhad kepada 20 pembaca bertuah sahaja, jadi daftarlah segera dan alami pengalaman kecantikan eksklusif ini bersama EH! dan YSL Beauty.
Butiran penuh adalah seperti berikut:
Terma & Syarat
- Lengkapkan butiran anda dan klik ‘Sertai Kami!’.
- Hanya 20 pembaca EH! bertuah yang terpilih akan dihubungi dan bayaran perlu dibuat dalam tempoh 48 jam.
- Penyertaan ini terbuka kepada semua wanita warga Malaysia yang berumur antara 18-44 tahun sahaja.
- Pihak EH! dan penaja berhak untuk menerbit dan memaparkan nama dan gambar peserta untuk tujuan promosi dan publisiti.
Isi maklumat anda di bawah untuk menyertai bengkel cantik lebaran EH! Berkolabrasi Bersama YSL Beauty
Artikel Berkaitan: Bengkel Cantik EH! x YSL Beauty Berlangsung Dengan Meriah Dan Eksklusif!