Sempena Aidilfitri yang bakal kunjung tidak lama lagi, EH! x YSL Beauty menjalin kerjasama untuk satu bengkel cantik istimewa bersama 20 pembaca pertama.
Diadakan di YSL Beauty Eid Pop-up IOI City Mall Putrajaya, EH! x YSL Beauty menarik perhatian orang ramai dengan kehadiran bengkel kecantikan menampilkan produk istimewa, lagi ikonik iaitu YSL Beauty Eid seperti All Hours Foundation, Rouge Pur Couture The Slim, EDP Cushion dan banyak lagi.
Seramai 20 pembaca pertama bertuah berpeluang mengalami pengalaman peribadi bengkel kecantikan sempena Aidilfitri dengan pelbagai tip dan trik solekan dari jurusolek YSL Beauty, Mei Ling. Kemeriahan dan keceriaan yang terpancar di muka 20 peserta membuatkan EH! teruja akan sambutan kerjasama bersama YSL Beauty Eid.
Sorotan Bengkel Kecantikan EH! x YSL Beauty Eid Pop-up IOI City Mall Putrajaya.
Mereka yang bertuah, seramai 20 pembaca pertama berpeluang untuk mengalami pengalaman peribadi solekan YSL Beauty Eid, seperti All Hours Foundation, Rouge Pur Couture The Slim, EDP Cushion dan banyak lagi. Satu sahaja yang menggambarkan riak wajah pembaca-pembaca yang hadir, iaitu ‘Wah..!‘ ekspresi kagum selepas mengetahui tip dan trik magik yang ditunjukkan dan mereka puas hati dengan hasil akhir solekan yang ditunjukkan.
Pengalaman sesi kecantikan yang intim ini dimulakan dengan asas pengenalan solekan, All Hours Foundation kemudian dikemaskan dengan debukan EDP Cushion, secalit gincu Rouge Pur Couture The Slim dan diakhiri dengan bauan Libre Eau De Parfum. Lengkap sudah rupa solekan Aidilfitri!
YSL Beauty Raya Collection
Sempena menyambut keriangan Syawal yang bakal kunjung tidak lama lagi, YSL memperkenalkan koleksi YSL Beauty Raya, rangkaian solekan lengkap dari All Hours Foundation hingga kepada bau haruman ikonik, YSL Libre EDP perfume. Koleksi kelengkapan kecantikan diri yang boleh diubah suai sendiri ini eksklusif hanya tersedia dalam talian, terokai koleksi alat solek, kosmetik, minyak wangi dan set hadiah khas buat si dia di hari Syawal.
Baca: Raikan Raya Bersama YSL Beauty, Ain Edruce dan Syedewa