EH! bersama jenama kecantikan Wardah mengajak anda untuk menyertai pengalaman solekan eksklusif di ‘House Of W’ pada 22 April 2025 ini bertempat di The Exchange TRX
Dunia kecantikan bakal digamatkan dengan sebuah pengalaman yang penuh inspirasi dan eksklusif dimana EH! dengan bangganya bekerjasama bersama jenama kecantikan Wardah, untuk menganjurkan Bengkel Solekan eksklusif yang akan berlangsung pada 22 April 2025, bertempat di The Exchange TRX.
Acara istimewa ini merupakan peluang keemasan buat para peminat kecantikan untuk mendalami seni solekan secara lebih dekat. Dalam bengkel yang berlangsung selama dua jam ini, para pembaca bertuah bakal mempelajari teknik solekan profesional dan rahsia untuk mendapatkan penampilan yang anggun dan mempesona, menggunakan rangkaian produk ikonik daripada Wardah. Lebih istimewa, sesi ini akan dikendalikan oleh jurusolek selebriti popular, Umi Nasir, yang akan berkongsi tip dan trik kecantikan yang selama ini menjadi rahsia di balik wajah selebriti tanah air.
Bukan itu sahaja, setiap peserta juga akan membawa pulang cenderahati eksklusif bernilai RM350 sebagai tanda kenangan dari pengalaman istimewa ini. Dengan yuran penyertaan serendah RM20 seorang atau RM30 untuk dua orang, bengkel ini menjanjikan suasana yang lebih intim kerana tempat adalah terhad kepada 25 pembaca bertuah EH! sahaja. Daftarlah segera dan alami pengalaman kecantikan eksklusif ini bersama EH! dan Wardah.
Butiran penuh adalah seperti berikut:
Terma & Syarat
- Lengkapkan butiran anda dan klik ‘Sertai Kami!’.
- Hanya 25 pembaca EH! bertuah yang terpilih akan dihubungi dan bayaran perlu dibuat dalam tempoh 48 jam.
- Penyertaan ini terbuka kepada semua wanita warga Malaysia yang berumur antara 18-44 tahun sahaja.
- Pihak EH! dan penaja berhak untuk menerbit dan memaparkan nama dan gambar peserta untuk tujuan promosi dan publisiti.
Isi maklumat anda di bawah untuk menyertai bengkel Solekan EH! x Wardah
Artikel Berkaitan: #EH25 Produk Ikonik, Wardah Colorfit Perfect Glow Cushion