EH! menjalin kerjasama bersama Chloé menerusi kreasi haruman eksklusifnya, Chloé Atelier berjaya merealisasikan satu bengkel wangian bersama 20 pembaca bertuah.
Bengkel wangian merupakan bengkel pertama anjuran EH! Pada kali ini, seramai 20 pembaca bertuah berpeluang untuk mengalami pengalaman mendekati aroma Chloé Atelier dalam suasana yang lebih intim dan eksklusif.
Sepanjang bengkel ini, peserta dapat pelajari tip dan trik layering dan penggunaan wangian secara keseluruhan daripada Education Manager, Joyce Lee. ‘Layering perfume‘ bukanlah sesuatu yang baharu tetapi ia memerlukan pengetahuan lebih dalam agar aroma yang dicampur itu tidak memeningkan kepala. Joyce di sini membantu peserta cara mencampurkan aroma daripada wangian Chloé Atelier untuk mencipta wangian baharu, seperti sejambak bunga.
Peserta juga berpeluang untuk melakukan aktiviti pressed flower art dan turut menerima cenderahati daripada bernilai RM250.
Hadir dengan wangian baharu, Chêne, Immortelle dan Hysope, cukup melengkapkan 20 jenis wangian dalam barisan Chloé Atelier. Apa yang menarik tentang kesemua wangian ini, mereka hanya menggunakan satu bahan seperti bungan atau pokok yang diproses menjadi essential oil, dicampurkannya bersama alkohol dan air. Paling penting anda tidak perlu khuatir, kerana wangian ini ialah vegan dan sustanibility.
Chloé Atelier Des Fleurs yang tertera membawa maksud kedai bunga Chloé, inspirasi dari kedai-kedai bunga yang berada di Perancis. Di sana amat terkenal dengan kota cinta jadi di mana-mana saja, anda akan terlihat kedai bunga kerana ia sudah menjadi satu tradisi mereka.
Menerusi Chloé Atelier, mereka membuka ruang untuk para pengguna mencipta aroma menurut kemahuan dan cita rasa masing-masing. Sebagaimana anda memilih jenis-jenis bunga untuk digubah di dalam satu jambangan, sebegitu jugalah konsepnya dalam mencipta haruman bersama Chloé Atelier.
Jika anda lihat pada botol wangian itu, ia diinspirasi oleh pleated ikonik Chloé dalam dunia fesyen, dan stem pada botol itu pula diinspiraisi oleh pelekat stem yang selalu kita nampak pada gubahan bunga untuk menunjukkan jenama mereka.
Wangian terlaris di Chloé Atelier ialah Cedrus, Rosa Damascena dan Magnolia Flower. Jangan lupa kunjungi stor Chloé berlokasi di IOI City Mall, Putrajaya dan Pavilion Kuala Lumpur untuk merasai suasana ala ala kedai bunga di Paris!