Kulit wajah tidak perlukan solekan yang tebal semata-mata untuk menutup kesan cela pada wajah akibat jerawat mahu pun lingkaran gelap bawah mata.
Dengan Chanel Les Beiges yang terbaru dari jenama produk kecantikan gergasi ini, kulit wajah akan tampak lebih kemas, natural dan ringan serta selesa. Cecair bedak asas dari Chanel ini mampu memberikan hasil solekan yang lebih fleksibel dan tahan lebih lama meskipun terdedah pada suasana luar.
Litupan rata Chanel Les Beiges pada kulit memberikan keserian wajah yang lebih natural.Ini kerana pakar analisis telah Berjaya mencipta Healthy Glow Booster dengangabungan titanium dioxide dimana ianya menyerap cahaya matahari dan menaikkan komponen putih serta memberikan kesan bayangan kemerahan semulajadi pada tulang pipi.
Ianya direka dengan ekstrak kalanchoe yang penuh dengan kuasa penghidratan dan antioksidan untuk menggalakkan lagi system oksigen pada kulit. Dengan kombinasi SPF25 kulit menemui perlindungan optimum.
Tekstur Les Beiges Healthy Glow Foundation adalah lebih halus dan sekaligus menjadikannya mudah untuk menyerap dan mengikut setiap lekuk bentuk wajah. Bahkan ianya sesuai untuk keadaan cuaca dan iklim luar. Yang istimewanya lagi, ianya kaya dengan asid hyaluronik yang dikenali sebagai elemen pelembap yang menjanjikan keselesaan dan hidrat kulit sepanjang hari. Secara keseluruhannya, cecair bedak asas Les Beiges hadir dengan sembilan jenis rona yang berbeza dan mengikut tona kulit.
EH! dan Chanel hadir dengan 3 teknik penggunaan bedak asas cecair Les Beiges untuk inspirasi anda kala bersolek. Ketiga-tiga cara penggunaan ini mampu memberikan efek yang tersendiri.
Aplikasi Les Beiges Healthy Glow Foundation Menggunakan Jari
Setiap teknik aplikasi bedak asas mempunyai efek dan hasil yang tersendiri. EH! Dan Chanel kongsikan teknik betul penggunaan bedak asas cecair terbaru Les Beiges dengan menggunakan jari di rencana ini.Klik link : https://eh.my/artikel/kecantikan/berita-cantik/3-teknik-betul-penggunaan-bedak-asas/
Posted by EH! on Sunday, January 17, 2016
- Titik cecair bedak asas Les Beiges pada wajah.
- Sapu rata pada permukaan kulit wajah menggunakan jari. Pastikan tangan sudah dicuci dengan bersih. Sapuan cecair bedak asas menggunakan jari akan memberikan litupan bedak asas yang lebih menyeluruh dan padat sempurna pada kulit wajah.
- Tambahkan pemerah pipi Creation Exclusive Sunkiss Ribbon dari Chanel untuk lebih keserian semula jadi.
Aplikasi Les Beiges Healthy Glow Foundation Menggunakan Berus
Cecair bedak asas mempunyai caranya yang betul dalam memastikan ianya tampak sekata dan sempurna semula jadi pada kulit wajah. Jadi, EH! dan Chanel kongsikan teknik aplikasi cecair bedak asas Les Beiges menggunakan berus solekan di rencana ini. Klik link:https://eh.my/artikel/kecantikan/berita-cantik/3-teknik-betul-penggunaan-bedak-asas/
Posted by EH! on Wednesday, January 20, 2016
- Dengan menggunakan berus solekan, sapu Les Beiges pada bahagian pipi, dagu dan dahi.
- Sapu rata cecair bedak asas Les Beiges. Penggunaan berus solekan memberikan bedak asas lebih mudah dicapai pada bahagian yang terlindung.
- Tambah lebih keserian solekan dengan pembayang mata terbaru dari Chanel – Les 4 Ombre Tissé Beverly Hills serta penggaris mata Stylo Yeux yang hadir dengan 3 rona yang berbeza. Solekan akan tampak lebih segar dan sekata.
Aplikasi Chanel Les Beiges Healthy Glow Foundation Menggunakan Span
Secara keseluruhannya, cecair bedak asas boleh diaplikasikan dengan 3 teknik yang berbeza. Namun, perbezaannya boleh dilihat melalui efek yang terserlah pada sapuan tersebut. EH! kongsikan teknik mengaplikasi bedak asas menggunakan span solekan. Klik link : https://eh.my/artikel/kecantikan/berita-cantik/3-teknik-betul-penggunaan-bedak-asas/
Posted by EH! on Thursday, January 21, 2016
- Layangkan cecair bedak asas Les Beiges menggunakan span pada tulang pipi, dahi, dagu dan tulang hidung.
- Dengan menggunakan span solekan tersebut, oles rata pada keseluruhan wajah dengan teknik membulat. Penggunaan span untuk cecair bedak asas mampu memberikan efek yang lebih rata dan sekata sempurna pada kulit wajah.
- Untuk lebih menyerlah, oles rona gincu terbaru Rouge Coco Shine pada bibir untuk sempurnakan solekan anda.
EH! sarankan lagi produk terbaru lain dari Chanel untuk berikan anda solekan yang natural dan ringan dengan memastikan kepuasan dan keselesaan pada kulit wajah.
Creation Exclusive Sunkiss Ribbon
Chanel Les 4 Ombre Tissé Beverly Hills
Stylo Yeux
Rouge Coco Shine