7. Cara mencuci maskara
Selepas seharian bulu mata anda disaluti maskara, pastinya waktu untuk mencucinya cukup renyah, namun jangan runsing, gunakan saja pencuci bulu mata atau pemadam solekan yang berunsurkan formula minyak. Kandungan minyak dapat menyingkirkan kotoran dengan pantas, malah ia juga berkesan untuk maskara kalis air. Rendam pad kapas dengan pencuci maskara dan tekan perlahan-lahan ke atas bulu mata selama beberapa saat. Ini membolehkannya meresap ke dalam, kemudian perlahan-lahan sapu pad pada seluruh mata.