Gambar: www.tredenciasbelleza.com
Mungkin anda seorang penggemar pewarna kuku dari Chanel, dan anda juga mungkin penggemar rona-rona baru gincu di Dior. Menggemar produk sahaja tidak mencukupi andai anda tidak mengenali siapa pemilik minda kreatif di sebalik penghasilan produk ini. Ayuh ketahui 10 perkara tentang peter Phillips, Pengarah Kreatif Solekan Dior.
- Philips dilahirkan di Antwerp, Belgium.
- Dia merupakan lulusan ijazah dalam bidang rekaan grafik. Jadi dunia kreatif bukanlah satu asing baginya.
- Dia juga menyambung pengajian dalam jurusan fesyen di Academie Royale des Beaux-Arts, Antwerp.
- Mula jatuh cinta pada dunia solekan pabila sewaktu dia di hantar sekolah fesyennya untuk menjadi pembantu di mingu fesyen Paris. Sebaik melihat kerja-kerja menyolek di belakang pentas, dalam hati dia berkata “I can do that”.
- Hasil kerja terawalnya bersama Raf Simmon menjadi buah mulut, yang mana dia melukis solekan Micky Mouse pada wajah model Raf.
- Dries Van Noten, Fendi, Inez Van Lamsweerde dan Peter Lindbergh antara nama besar yang menjalin kerjasama dengannya pada awal pembabitan Phillips dalam dunia solekan.
- Phillips dibawa masuk ke Chanel oleh Karl Lagerfeld selepas berkenalan di rumah fesyen Fendi. Phillips dilantik menjadi Pengarah Kreatif Mekap Chanel pada tahun 2008. Jade Le Vernis ilhamnya mencetus fenomena dan khabarnya ad ayang menjual semula pewarna kuku tersebut die bay pada harga US$100.
- Dia berpindah ke Dior pada Mac 2014.