Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Clinique
Clinique melancarkan butik kecantikannya yang terbaru di Mid Valley dengan berkonsepkan freestanding. Ianya merupakan konsep terbaru untuk butik ternama ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan untuk pengguna berinteraksi secara peribadi bersama penasihat kecantikan di butik ini.
Destinasi freestanding ini mencipta semula konsep kaunter jenama berprestij ini dengan menawarkan pelbagai servis dan sekali gus pengalaman baru ketika membeli-belah di butik ini dengan keluasan 398 kaki persegi.
Ianya berinspirasikan generasi milenium dan habit membeli-belah secara individualistik. Syurga kecantikan ini direka dengan rekaan moden dan berteknologi tinggi demi meningkatkan kelangsungan fungsinya.
Gambar: Clinique
Ianya juga direka dengan ruang privasi untuk sesi perundingan di bahagian tengah, bar terbuka untuk pemilihan bedak asas, barangan solekan dan ruangan penjagaan kulit demi menggalakkan pengunjung untuk mencuba dan memilih produk yang mereka inginkan secara terbuka.
Bahkan, untuk golongan lelaki juga tidak dilupakan dengan ruangan untuk produk penjagaan kulit Clinique For Men.
Menurut Jesse Ong, merangkap Pengurus Jenama Clinique, demi memastikan keselesaaan dan kepuasan hati konsumer, mereka dengan bangganya merealisasikan konsep butik kecantikan yang bertaraf baru dan moden ini.
Ditambahnya lagi, kebanyakkan wanita khususnya golongan milenium mendambakan pengalaman baru ketika masuk ke butik kecantikan. Mereka juga menginginkan suasana selesa untuk memilih dan mencuba produk kesukaan mereka tanpa ada rasa diperhatikan atau didesak.