Gambar: INGimage
Manusia akan berdepan dengan masalah jerawat seawal usia remaja lagi. Ketika itu, penyebab jerawat adalah kerana pengembangan hormon sekunder lelaki (androgen) terhadap lelaki atau perempuan yang menyebabkan penghasilan lebihan rembesan minyak pada kelenjar kulit. Namun, apabila usia meningkat dewasa, jerawat adalah disebabkan pelbagai perkara yang terjadi secara dalaman mahupun luaran.
Antaranya adalah stres dan perubahan tahap hormon yang terhasil seperti menopaus atau perubahan penggunaan pil perancang kehamilan. Ada beberapa faktor yang boleh mendorong kepada masalah jerawat. Jadi, EH! ingin kongsikan kepada anda cara untuk menghilangkan jerawat matang.
Pencuci Muka
Penggunaan pencuci muka secara betul boleh membersihkan wajah daripada kotoran, daki, solekan serta kesan pencemaran persekitaran. Pencuci muka yang bagus adalah dimana ia memberi peluang kepada produk lain untuk menyerap dengan baik ke dalam kulit wajah. Pilih pencuci muka yang bertindak lembut dan tidak merosakkan kulit.
Losen Dan Krim Dari Pakar Kulit
Krim atau losen yang mengandungi retinoid dapat membantu membersihkan kulit daripada cela serta mengurangkan garis penuaan. Untuk produk sulfur pula, ia sesuai digunakan untuk merawat cela jerawat di kawasan-kawasan tertentu sahaja. Benzoyl Peroxide juga adalah pilihan baik untuk menentang jerawat, namun gunakannya sekali sekala sahaja kerana ia boleh menyebabkan kulit anda kering. Dinasihatkan untuk menggunakan produk yang mengandungi kadar Benzoyl Peroxide yang rendah.
Kosmetik
Ada alat solek yang mengandungi asid salisilik dimana ia mampu menyingkir jerawat. Secara umum, gunakan produk penjagaan wajah dengan label noncomedogenic (tidak menyebabkan pori tersumbat) atau nonacnegenic (tidak menyebabkan cela)