Gambar: INGimage
Apabila anda bercadang untuk mewarnakan rambut, anda perlu sedia dengan tanggungjawab yang lebih. Namun begitu, sebenarnya tidaklah sukar untuk menjaga dan mengekalkan warnanya jika anda tahu cara yang betul.
Rancang dengan teliti
Ketahui rona yang anda mahukan dan minta nasihat penggaya rambut. Sekiranya warna yang anda pilih tidak sesuai dengan anda, there’s no turning back, anda tidak boleh mewarnakannya hitam kembali melainkan anda mahu rambut anda menjadi tipis dan rosak.
Warnakan rambut di salon
Untuk hasil yang memuaskan, seharusnya anda dapatkan khidmat profesional. Selalunya penggaya rambut tahu rona apa yang serasi dengan anda malah pewarnaannya pun lebih teliti, menyeluruh dan sempurna.
Gunakan alat pelurus rambut
Selesai mewarna dan mengeringkan rambut, gunakan pelurus rambut (Flat Iron) untuk mengekalkan warna rambut. Haba daripada pelurus rambut dapat membantu menyerap warna rambut agar kekal lama.
Jangan cuci rambut
Bukanlah untuk selamanya, cuma selepas mewarnakan rambut pastikan anda tunggu sehingga 48 jam untuk mencuci rambut. Ini adalah langkah penting bagi anda yang ingin warna rambutnya kekal lama dari seminggu.
Gunakan syampu dan perapi khas untuk merawat rambut berwarna
Kebanyakan syampu direka khas untuk merawat rambut berwarna namun anda perlu bijak memilih. Pilih rangkaian yang tidak terlalu keras atau kuat kandungan kimianya, seeloknya pilih yang berformulakan bahan botani.
Cuci rambut dengan air sejuk
Ini adalah langkah paling mudah namun sukar untuk dilakukan. Apabila cuaca sejuk, sukar untuk anda mencuci rambut dengan air sejuk namun anda perlu lakukannya agar warna rambut lebih kekal lama malah rambut pun lebih lembap.