[soliloquy slug=”chanel”]
Gambar: CHANEL
Chanel tampil dengan produk signature terbaru yang buat wanita yang mahukan kecantikan ekspres berpanjangan.
Rouge Coco Stylo
Ciptaan berfomula hybrid terbaru dari Chanel ini menggabungkan ciri-ciri gincu dan kilauan dari efek lipgloss yang memberikan hasil dan tekstur yang lembut dan selesa dipakai.
Ianya dihasilkan dengan bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak biji epal dan minyak tumbuhan. Bibir pastinya akan sentiasa lembap untuk menghasilkan sensasi keselesaan dan rona yang berkilau.
Olahan terbaru dari Chanel ini sememangnya cukup istimewa sekaligus memudahkan anda yang sering mengembara. Dihasilkan dengan reka bentuk pen yang boleh dibawa ke mana jua. Sungguh senang!
Rouge Coco Stylo tampil dengan 8 rona yang memukau dan mampu memberikan gaya harian yang lebih feminin serta chic.
Le Duo Vernis Longue Tenue
Menyempurnakan lagi stail harian wanita feminin, Chanel hasilkan Le Duo Vernis Longue Tenue. Kali ini, Chanel menaik taraf kualiti pewarna kuku demi memberikan hasil yang memuaskan.
Rona pewarna kuku Le Duo Vernis Longue Tenue mampu bertahan selama 6 hari berterusan jika digunakan bersama Gel Coat.
Dengan Le Gel Coat, ianya mampu menyempurnakan dan memastikan rona pewarna kuku Le Vernis kekal lebih lama dari biasa.
Bahkan ianya memberikan hasil yang lebih berkilau dan bersinar yang pastinya memberikan gaya harian anda lebih lengkap dan menawan. Le Vernis tampil dengan 15 rona yang terkini serta lebih memukau.
*Koleksi terbaru dari Chanel ini boleh didapati butik Fragrance & Beauty CHANEL di 1 Utama, Sunway Pyramid, Gurney Plaza, JB Komtar dan mana-mana kaunter CHANEL bermula 1 MAC 2016.